MUNGKIN terlalu awal untuk memikirkan siapa calon PR yang akan mengisi kekosongan Kerusi Permatang Pauh.
Keluarga Anwar telah memohon kepada Ke Bawah Duli YMM YDP Agong bagi pembebasan Anwar dari penjara.
Maka ertinya belum muktamad kekosongan Kerusi tersebut sehinggalah Seri Paduka membuat keputusan.
Poll yang saya buat di dalam blog ini masih lagi Saifuddin Nasution mendapat undian tertinggi kemudiannya Chegu Bard.
Kedua-dua mereka tokoh hebat dan pastinya bakal memanaskan Parlimen sekiranya salah seorang yang terpilih.
Namun, kita masih menaruh harapan bahawa Anwar akan dibebaskan kerana tiada sebab untuk Anwar berada dalam kurungan. Mengapa Anwar tidak mahu membuat permohonan pengampunan?
Majoriti rakyat di negara ini awal-awal lagi menolak fitnah ke atas Anwar. Buktinya 52% rakyat menyokong PR yang diterajui oleh Anwar di dalam PRU 13 yang lalu. Mengapa keluarga Anwar perlu merayu?
Jawapannya juga mudah. Bukan sahaja keluarga beliau, bahkan sebenarnya kita yang setuju bahawa Anwar telah dizalimi wajib berusaha membebaskan beliau dengan apa cara sekalipun, apatah lagi terdapat ruang dan saluran yang masih ada untuk kita berusaha. Kita patut merayu kerana kita tidak boleh hanya melihat kezaliman berlaku.
Atas prinsip mahu membebaskan Anwar dari kezaliman itulah, wajar kita sokong keluarga Anwar membuat rayuan ke Istana. Biarlah mereka yang jahil itu menuduh permohonan itu dibuat sebagai bukti Anwar memang bersalah.
Kita orang yang beriman dengan Allah mestilah sedar bahawa amat zalim kita jika kita biarkan kezaliman berleluasa. Sehubungan itu, Anwar masih punyai harapan untuk kembali bersama rakyat. Ini yang menakutkan amno dan sekutunya.
Jika gagal juga, kita mesti bersedia untuk meletakkan calon di Permatang Pauh seorang tokoh yang jika tidak sehebat Anwar pun mestilah seorang yang boleh menggerunkan rejim di Parlimen nanti. Orang itu samada Saif mahu pun Chegu Bard.
Dicatat oleh WFAUZDIN NS.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.