Followers

Sunday, February 8, 2015

Memang pelik perangai sesetengah gerombolan dalam PAS ini.

AJK PAS PUSAT NAK MESYUARAT SAJA, KENAPA SAMPAI JADI GHABAN TEBEN BEBUDAK NI? (GAMBAR)


Hari ini ada mesyuarat AJK PAS Pusat. Lepas itu ada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat. Tapi yang riuh rendah Geng Ustaz dan Ketua Pemuda PAS Pahang. Sampai keluar memo suruh berkumpul beramai-ramai...



Maka hari ini keluarlah gerombolan ini. Tak tahu berapa ratus ribu orang...

Siap dengan doa dibacakan oleh bekas "ulama" gerombolan Al-Maunah: 






Meriah sungguh pelaksanaan demokrasi dalam PAS. Demonstrasi mengecam Dr Hatta boleh dan pemimpin lain yang tak sependapat dengan demer boleh. Mengkritik "ulama" PAS tak boleh.

Hari ini terkenallah budak-budak PAS ini, muka masing-masing masuk surat khabar!

Gasak komerler, tak tau nape jadi ghaban teben bebudak ni, kata orang Perak.

*Gaban teben = Tak tentu arah.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.