Followers

Sunday, February 1, 2015

LPT2 dibuka sepenuhnya semalam


Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2) menghubungkan Jabor-Gemuroh, membabitkan kos RM4.1 bilion, dibuka sepenuhnya kepada orang ramai hari ini, demikian diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (gambar, kanan).

Beliau berkata dengan siapnya lebuh raya sepanjang 184 kilometer dari Jabor, Kemaman ke Gemuroh, Kuala Nerus itu, maka perjalanan antara Kuala Terengganu dan Kemaman akan hanya mengambil masa 90 minit sahaja.

"LPT2 ini mempunyai 10 persimpangan bertingkat, 10 buah plaza tol, tiga kawasan Rehat dan Rawat (R&R), dua hentian sebelah dan 90 jambatan," katanya kepada pemberita di R&R Perasing selepas melakukan lawatan di LPT2, di Kemaman, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Ir Rosli Othman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Shafii Mohamad.

Projek LPT2 adalah susulan projek LPT Fasa I dari Karak ke Kuantan di Pahang, sepanjang 169 kilometer. Ia merupakan sambungan dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang sedia ada.

Razif berkata pembukaan LPT2 itu akan dapat membantu merancakkan pembangunan ekonomi negeri dengan sasaran pendapatan per kapita RM8,000 menjelang 2020.

Beliau berkata kawasan R&R Perasing itu menggunakan konsep 'Kawasan Rehat Sehenti' membabitkan pengguna dari arah utara (Kuala Terengganu), dari arah selatan (Kuala Lumpur/Kuantan) dan penduduk tempatan.

"Kawasan R&R Perasing ini juga menjadi pemangkin kepada nadi pembangunan kawasan Felda Neram," katanya.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.