Followers

Sunday, February 1, 2015

Krisis MIC tidak jejas BN Perak kata Zambry Kadir

Pengerusi Barisan Nasional negeri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pelantikan Ramasamy sebagai ketua MIC Perak bagi menggantikan Datuk Seri G. Palanivel, yang juga presiden MIC adalah keputusan parti itu.

Pengerusi Barisan Nasional negeri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pelantikan Ramasamy sebagai ketua MIC Perak bagi menggantikan Datuk Seri G. Palanivel, yang juga presiden MIC adalah keputusan parti itu.

Kemelut dalaman parti MIC serta pelantikan Tan Sri M. Ramasamy sebagai pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MIC Negeri tidak menjejaskan Barisan Nasional (BN) negeri Perak, kata Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata pelantikan Ramasamy sebagai ketua MIC Perak bagi menggantikan Datuk Seri G. Palanivel, yang juga presiden MIC, merupakan keputusan parti itu.

Menteri besar Perak itu berkata setiap parti politik mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan setiap permasalahan yang wujud ada jalan penyelesaiannya.

"Setiap kelemahan itu perlu diperincikan dan dicari jalan penyelesaiannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan sesi pembentangan gerak kerja BN bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di Bangunan Umno Perak di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata sesi pembentangan itu membincangkan perancangan BN negeri dalam usaha memperkukuh kedudukan serta memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam setiap parti komponen peringkat negeri sebelum menghadapi PRU14.

Katanya setiap parti komponen perlu memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada masyarakat bagi mencapai kejayaan BN yang lebih baik dalam PRU14 akan datang.

Kemelut MIC bermula pada 5 Disember lepas apabila Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota CWC dalam tempoh 90 hari.

Ia berikutan aduan mengenai penyalahgunaan kuasa dan perbuatan salah laku yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan pada pemilihan Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada November 2013.

RoS turut menasihatkan MIC supaya tidak mengadakan perhimpunan agung tahunan sehingga isu itu diselesaikan.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.