Followers

Thursday, February 19, 2015

Khairy Dan Shafee Kecut Perut Dengar Berita Ini

 

Ahli Parlimen PAS Mohamed Hanipa Maidin juga inginkan debat terbuka tersebut dijalankan di universiti awam dan disiarkan langsung di RTM atau TV3 supaya rakyat mendapat maklumat tentangnya. 

Ahli Parlimen PAS Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyatakan kesediaannya berdebat secara terbuka dengan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes itu.

Katanya, beliau merasa terpanggil untuk berdebat atau berwacana sama ada dengan Shafee atau dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengumumkan akan mengadakan siri jelajah seluruh negara bagi menerangkan kes mahkamah ketua pembangkang itu.

"Maka saya berharap, jika respon saya ini mendapat respon balas daripada mereka berdua, mudah-mudahan satu sesi perdebatan terbuka akan diadakan berkenaan isu tersebut," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Bagaimanapun, wakil rakyat Sepang itu berkata, beliau mahu perdebatan itu diadakan di mana-mana universiti awam di negara ini dan disiarkan secara langsung oleh RTM atau TV3.

"Kita mahu supaya rakyat di negara ini mendapat maklumat secara langsung tentang apa yang dikatakan oleh ahli panel," katanya.
Hanipa Maidin berkata beliau mengikuti dengan penuh minat perkembangan kes Anwar, khususnya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan beliau dan mengenakan hukuman 5 tahun penjara ke atasnya pada 10 Februari lalu.

"Saya dapati ada sesuatu yang tidak kena di dalam kes ini, kerana meskipun Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman ke atas Anwar, Shafee masih terus mengeluarkan kenyataan, termasuk menyerang Anwar di dalam akhbar.

"Yang terkini dalam forum yang dianjurkan Umno," kata Hanipa yang juga seorang peguam, merujuk forum yang dihadiri Khairy dan Shafee di Kelana Jaya pada Selasa malam.

Pada forum itu, Khairy berkata, Umno selama bertahun lama hanya berdiam diri, walau ditohmah dengan pelbagai tuduhan konspirasi dan sebagainya, kerana enggan mengganggu proses mahkamah.

Memandangkan kes itu kini selesai, beliau berkata, Umno merancang mengadakan jelajah seluruh negara bersama Shafee kerana beliau merupakan orang paling layak menjelaskan dakwaan konspirasi politik itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.