Followers

Saturday, February 21, 2015

Ketua Puteri Umno Suka Dedah Fakta Jubur Saiful

 Kenapa tidak pertikai 'roadshow' pembangkang enam tahun dahulu? - Mas Ermieyati


MAS ERMIEYATI: Apa masalah kepada pembangkang jika Pemuda tawarkan pentas mereka sehingga menghentam sesi penerangan ini?

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO dilihat hanya menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat dengan merungkai misteri yang perlu diketahui rakyat ini selepas enam tahun berdiam diri mengenai isu liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata, tidak timbul isu 'senjata makan tuan' di dalam sesi penerangan ini kerana kes sudah selesai dan Anwar sendiri sudah masuk penjara.

"Pemuda UMNO mengambil tanggungjawab memberitahu rakyat mengenai perkara sebenar yang berlaku. Dengan kerelaan pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, apa masalah kepada pembangkang jika Pemuda tawarkan pentas mereka sehingga menghentam sesi penerangan ini?

"Apakah salah memberitahu kepada rakyat tentang duduk perkara sebenar selepas semuanya selesai? Kenapa tidak ada yang mempertikaikan enam tahun pembangkang tidak menghormati sistem kehakiman dan mencanang di seluruh negara mengenai kes yang masih dibicarakan?" katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Mas Ermieyati mengulas laporan penganalisis di sebuah portal yang menyifatkan jelajah Pemuda UMNO mengenai keputusan mahkamah kes Liwat II tidak akan mengubah pendapat rakyat, sebaliknya berisiko menyebabkan orang awam berpaling daripada parti itu pada saat rakyat Malaysia mahu melupakan keseluruhan kisah panjang itu.

Portal itu bagaimanapun berkata, beberapa penganalisis turut mengakui faham mengapa UMNO berasa perlu melakukannya, namun sesetengah yang lain berkata, langkah itu boleh mengakibatkan kesan sebaliknya.

Dalam pada itu kata Mas Ermieyati, dakwaan sesetengah pihak mengenai Shafee menggunakan pentas UMNO disifatkan terlalu dangkal malah tidak masuk akal sama sekali.



"Apabila Pemuda tawarkan pentas mereka kepada Shafee, ia merupakan satu peluang kepada rakyat untuk mendengar sendiri fakta yang berlaku sepanjang kes itu berlangsung.

"Tidak ada apa-apa masalah kerana Shafee bercerita kembali dan kes itu sudah sampai ke noktahnya. Jika pembangkang berani, mengapa tidak jemput juga Shafee di atas pentas mereka biar hadirin mereka  mendengar kisah sebenar semasa di mahkamah...pasti mereka tidak berani.

"Tidak timbul isu mengubah atau tidak pendapat orang ramai mengenai Anwar, jelajah itu menjelaskan fakta kepada rakyat dan bukan cakap-cakap kosong," jelasnya.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin terdesak apabila menggunakan khidmat Shafee untuk mendapatkan kepercayaan rakyat di dalam siri jelajah isu itu ke seluruh negara.

Kata Nik Nazmi,kesediaan Shafee untuk bersama program tersebut bukan sahaja merupakan satu tindakan yang tidak wajar, malah merendahkan martabat sistem kehakiman dan Jabatan Peguam Negara.

- astroawani








No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.