Followers

Sunday, February 22, 2015

Kerana Rakyat Tidak Yakin Pertuduhan Terhadap Anwar ?


 



Media tidak dibenarkan membuat liputan atau menulis tentang ceramah peguam kanan Tan Sri Abdullah di Permatang Pauh yang merupakan kawasan Parlimen Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara.

Shafee, yang mengetuai pasukan pendakwaan, sedang mengadakan siri jelajah bagi menjustifikasikan penghakiman kes liwat 11 terhadap Anwar.

Ceramah tersebut yang dinamakan 'Sejenak Bersama TS Shafee Abdullah’, dianjurkan oleh NGO pro-Umno, Kelab Warisan Mutiara Pulau Pinang.

Penganjur ceramah itu meminta pemberita meninggalkan dewan di Politik Seberang Perai sebelum ia bermula.

Beberapa ratus orang hadir untuk mendengar Shafee menjelaskan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan penghakiman Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar atas tuduhan liwat.

Shafee telah dilantik oleh Jabatan Peguam Negara untuk mewakili pihak pendakwa dalam rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari, yang didengar oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria.

"Kami diminta keluar dan jika tidak, kami akan diiring keluar.

“Bagaimanapun, kemudiannya, mereka membenarkan kami hadir untuk mendengar (ceramah itu) dan gambar kami diambil," tambah wartawan itu.

Selasa lepas, Shafee (kiri) bercakap dalam satu forum anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (Akhi), Pemuda Umno di mana beliau mendedahkan butiran mengenai dakwaan pelakuan seks antara Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Manakala kumpulan pro dan anti Anwar berhimpun di pintu masuk


Sementara itu, kira-kira 50 penyokong Anwar berhimpun membantah ceramah Shafee malam ini. Mereka yang diketuai oleh pemimpin Pemuda PKR Pulau Pinang, Khairul Annuar Kamaruddin; Ketua Permatang Pauh, Amir Ghazali dan penyelaras PasMa negeri Zulkifky Lazim berkumpul di hadapan pintu masuk Politeknik Seberang Prai sejak jam 8 malam.

Mereka membawa sepanduk dengan kata-kata terakhir Anwar di mahkamah "Saya tidak akan menyerah".

Mereka turut melaungkan slogan "Reformasi, keadilan untuk Altantuya (Shaariibuu)" dan  seruan "Lawan Tetap Lawan".

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin tiba di tempat itu kira-kira jam 11 ​​malam.

Mereka kemudian disertai kumpulan anti-Anwar - juga kira-kira 50 orang - yang diketuai oleh wakil Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Salleh Ismail dan beberapa pemimpin dari GPMS.

Mereka pula melaungkan "Liwat Tetap Liwat", dan bertanya bagaimana sperma Anwar dalam dubur Saiful.

Kira-kira 30 anggota polis hadir untuk mengawal dan memisahkan kedua-dua kumpulan itu.

Pihak polis mengarahkan kedua-dua kumpulan itu bersurai pada jam 11 malam.

Afif kemudian mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pro-Anwar di atas sokongan mereka.

Tiada kejadian yang tidak diingini yang berlaku.

- mkini

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.