Followers

Monday, February 9, 2015

Keputusan Kes Fitnah Liwat II DSAI - Pertanda Kurang Baik?

Menurut John Malott, bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia adalah sukar meneka keputusan kes DSAI, kerana kes ini bermotifkan politik sejak awalnya, bermula daripada pertemuan Saiful dengan Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) sebelum pendakwaan difailkan.

Ini bukan sahaja pendapat saya, malah kerajaan dan organisasi hak asasi manusia turut merasakannya. Ini perbicaraan politik. Fikirkan tentang hakikat yang, dalam sejarah Malaysia, hanya tujuh kes seperti ini dibawa ke mahkamah, dan dua daripadanya melibatkan Anwar. Dan, pastinya kedua-duanya dihadapkan pada ketika yang baik daripada segi politik untuk kerajaan.

Jika hakim membuat keputusan semata-mata berdasarkan fakta, Anwar akan dibebaskan. Mark Trowell, peguam Australia yang memerhatikan perbicaraan asal di Mahkamah Tinggi bagi pihak Inter Parliamentary Union, menulis buku 300 muka surat menjelaskan secara terperinci segala bukti dan keterangan.

Saya percaya Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang tepat; sementara Mahkamah Rayuan bertindak seperti mahkamah kangaroo, mengadakan perbicaraan dan menjatuhkan hukuman hampir serta merta, yang mana keseluruhan kes mengambil masa dua hari sahaja.

Saya kagum Mahkamah Tinggi bersetuju dengan perbicaraan yang agak lama dan soalan yang ditanya tidak berat sebelah. Peguam baru Anwar, Gopal Sri Ram, menyerang pendakwa raya kerajaan habis-habisan.

Sudah pasti, saya berharap Anwar akan didapati tidak bersalah. Tetapi, ini Malaysia, siapa tahu? Kita sudah banyak kali dikejutkan sebelum ini.Menurut John Malott, bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia adalah sukar meneka keputusan kes DSAI, kerana kes ini bermotifkan politik sejak awalnya, bermula daripada pertemuan Saiful dengan Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) sebelum pendakwaan difailkan.

Ini bukan sahaja pendapat saya, malah kerajaan dan organisasi hak asasi manusia turut merasakannya. Ini perbicaraan politik. Fikirkan tentang hakikat yang, dalam sejarah Malaysia, hanya tujuh kes seperti ini dibawa ke mahkamah, dan dua daripadanya melibatkan Anwar. 

Dan, pastinya kedua-duanya dihadapkan pada ketika yang baik daripada segi politik untuk kerajaan.

Jika hakim membuat keputusan semata-mata berdasarkan fakta, Anwar akan dibebaskan. Mark Trowell, peguam Australia yang memerhatikan perbicaraan asal di Mahkamah Tinggi bagi pihak Inter Parliamentary Union, menulis buku 300 muka surat menjelaskan secara terperinci segala bukti dan keterangan.

Saya percaya Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang tepat; sementara Mahkamah Rayuan bertindak seperti mahkamah kangaroo, mengadakan perbicaraan dan menjatuhkan hukuman hampir serta merta, yang mana keseluruhan kes mengambil masa dua hari sahaja.

Saya kagum Mahkamah Tinggi bersetuju dengan perbicaraan yang agak lama dan soalan yang ditanya tidak berat sebelah. Peguam baru Anwar, Gopal Sri Ram, menyerang pendakwa raya kerajaan habis-habisan.

Sudah pasti, saya berharap Anwar akan didapati tidak bersalah. Tetapi, ini Malaysia, siapa tahu? Kita sudah banyak kali dikejutkan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.