Followers

Tuesday, February 24, 2015

Kenaikan pangkat hakim disekat Putrajaya?

 
Satu siri kenaikan pangkat untuk hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan baru sahaja berlalu.

Namun hakim paling kanan di Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, sekali lagi 'tertinggal' dalam siri kenaikan pangkat ini.

Apakah sebab sebenar di sebalik perkara ini?

Malaysiakini difahamkan nama Hakim Hishamudin tiada dalam senarai kerana satu pekeliling daripada Pejabat Perdana Menteri.

Ia boleh diimbas seawal tahun 2013 lagi apabila cadangan kenaikan pangkatnya dipanjangkan kepada Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.

Dan kini, nama Hakim Hishamuddin sekali lagi tiada dalam senarai kenaikan pangkat pada 16 Februari lalu dan beliau didahului Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.

Hakim Hishamudin akan mencecah usia 66 tahun pada September depan - umur persaraan wajib bagi hakim.

Di kalangan pemerhati badan kehakiman, Hakim Hishamudin dikenali sebagai seorang hakim yang berfikiran terbuka.

Pada Januari 2013, beliau mengetuai panel tiga orang hakim yang memutuskan bahawa pemimpin Hindraf P Uthayakumar (atas) dan M Manoharan boleh memfailkan saman kelompok terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya.

Saman itu difailkan susulan tuduhan pengabaian 523 buah sekolah aliran Tamil oleh kerajaan walaupun ia mendapat separa bantuan dari kerajaan.
 
  
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.