Bestinet Sdn Bhd yang mengendalikan pemprosesan visa dan pemeriksaan kesihatan biometrik pekerja asing menjelaskan mereka tidak pernah bercadang untuk memonopoli perkhidmatan itu.
Pengerusi Eksekutif Bestinet Tan Sri Azmi Khalid (kiri)berkata mereka hanya menyediakan perhidmatan itu untuk Jabatan Imigresen."Kita tidak memonopoli.
"Kita cuma sediakan cara untuk membolehkan perkara ini dilakukan," katanya pada sidang media hari ini.
Beliau juga berkata masih menunggu keputusan sama ada kerajaan akan menganugerahkan kontrak itu kepada mereka atau sama ada syarikat lain turut mendapat peluang sama.
"Itu kita pulangkan kepada kerajaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.