Followers

Wednesday, February 4, 2015

Kaji dulu pendidikan seks secara menyeluruh – Nik Nazmi

Kaji dulu pendidikan seks secara menyeluruh – Nik Nazmi 

KUALA LUMPUR 2 FEB- Kerajaan sepatutnya mengkaji terlebih dahulu modul pendidikan seks secara menyeluruh sebelum melaksanakannya kepada pelajar, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad. Katanya, meskipun cadangan itu dilihat wajar, namun langkah mewajibkan hanya pelajar lelaki berusia 16 tahun ke atas dilihat tidak relevan dan boleh dipersoalkan. “Isu pendidikan seks di sekolah ada keawajarannya, tapi apa yang menimbulkan kemusykilan bila pelaksanaannya hanya kepada pelajar lelaki dan tidak kepada pelajar perempuan. “Bagi saya, isu ini perlu melibatkan kedua-dua belah pihak tanpa memberi kecenderungan kepada pelajar lelaki semata-mata. “Oleh sebab itu, kita tekankan kepada kerajaan supaya mengkaji secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan. “Malah kajian itu juga perlulah melibatkan pihak-pihak berkepentingan seperti pakar kesihatan, pakar psikologi dan golongan agama,” katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan ke pejabat Suara Keadilan, bersama barisan pimpinan dan Exco AMK hari ini. Beliau mengulas kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang bakal melaksanakan pendidikan seks kepada remaja golongan lelaki lingkungan 16 tahun ke atas pada tahun 2016.

KUALA LUMPUR 2 FEB- Kerajaan sepatutnya mengkaji terlebih dahulu modul pendidikan seks secara menyeluruh sebelum melaksanakannya kepada pelajar, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad. 

Katanya, meskipun cadangan itu dilihat wajar, namun langkah mewajibkan hanya pelajar lelaki berusia 16 tahun ke atas dilihat tidak relevan dan boleh dipersoalkan. 

“Isu pendidikan seks di sekolah ada keawajarannya, tapi apa yang menimbulkan kemusykilan bila pelaksanaannya hanya kepada pelajar lelaki dan tidak kepada pelajar perempuan. 

“Bagi saya, isu ini perlu melibatkan kedua-dua belah pihak tanpa memberi kecenderungan kepada pelajar lelaki semata-mata. 

“Oleh sebab itu, kita tekankan kepada kerajaan supaya mengkaji secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan. 

“Malah kajian itu juga perlulah melibatkan pihak-pihak berkepentingan seperti pakar kesihatan, pakar psikologi dan golongan agama,” katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan ke pejabat Suara Keadilan, bersama barisan pimpinan dan Exco AMK hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang bakal melaksanakan pendidikan seks kepada remaja golongan lelaki lingkungan 16 tahun ke atas pada tahun 2016.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.