Bersama ini dilampirkan Surat Cadangan dari Seorang Ahli PAS yang dikirim kepada saya :
Sudah lebih sedekad Al Fathil Tuan Guru memberikan perkhidmatan yang sangat cemerlang selaku Presiden.
Selaku seorang Pemimpin Spiritual juga Tuan Guru telah berkhidmat dengan cemerlang semenjak 1976.
Malah jasabakti Tuan Guru telah melahirkan para pejuang yang kental dan senantiasa mengabadikan diri untuk perjuangan suci ini.
Jumlahnya bukan sedikit malah berani dikatakan jutaan telah Tuan Guru lahirkan berdasarkan curahan dan tadahan ilmu diantara sang murabbi ummah dan para talabun.
Kami anak didik Tuan Guru amat mengasihi dan menyayangi Tuan Guru dari semua aspek.
Selaku seorang Presiden, Tuang Guru, Pendakwah, Pendidik, Ahli Politik tempatan dan antarabangsa.
Dunia politik tempatan semakin hari semakin panas dan ganas.
Ianya memerlukan kudrat dan ketangkasan fikrah dan jasadiah tahap tertinggi.
Kami semua sayangkan Tuan Guru. Berdasarkan cabaran cabaran yang semakin sengit ini, maka kami mengharapkan inilah masanya yang paling sesuai untuk Tuan Guru memberikan laluan kepada mukabaru bagi menggalas tanggungjawab selaku Presiden Parti Islam Semalaysia.
Alangkah indahnya jika Tuan Guru berada dikerusi selaku Al Mursyidul Am untuk menjaga polisi polisi parti agar tidak terkeluar dari orbit Islam.
Biarlah cabang Exsekutif Parti diterajui oleh muka baru yang lebih bertenaga bagi melojnjakkan pencapaian parti ketahap yang lebih tinggi.
Tuan Guru akan lebih dihormati dan dengar cakap.
Ini lah masa yang sangat sesuai.....
Sekian, Terima kasih.
ANAK JOHOR
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.