Followers

Sunday, February 1, 2015

Gani Patail dahului senarai darjah kebesaran Hari Wilayah

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail salah satu daripada dua penerima Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail salah satu daripada dua penerima Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mendahului senarai 356 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan, hari ini.

Gani dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut menerima SUMW ialah bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Zulhasnan Rafique.

Selain itu seramai 15 orang dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Rahamat Bivi Yusof; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Othman Mahmood; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Saripuddin Kassim; Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk Malaysia Datuk Seri Maglin Dennis Dcruz; bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wira Abu Seman Yusop; anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Gelaran Datuk Seri juga dikurniakan ke atas Pengarah Urusan JL99 Holding Sdn. Bhd Datuk Seri Lee Boon Kiat @ Jeff; Datuk Seri Abdul Aziz Shahar dari DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd; Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia Datuk Seri Mohamad Norza bin Zakaria; Pengarah Urusan Kumpulan Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Presiden Koperasi Ukhwah Malaysia Bhd Datuk Seri Rahim Baba; Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Sona Petroleum Berhad Datuk Seri Saw Choo Boon; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur Datuk Seri Jebasingam John Rajamoney;

Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia Datuk Seri Kwok Teng Toong dan Pengerusi Eksekutif High Point Technic Sdn Bhd Datuk Seri Abu Zaki Zakaria.

Sejumlah 71 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk, manakala 43 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW), 69 dianugerah pingat Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), dan 60 dianugerah pingat Ahli Mahkota Wilayah (AMW).

Istiadat penuh pengurniaan darjah kebesaran disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, Jalan Duta di Kuala Lumpur, hari ini.

Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak tahun 2008 bertujuan menghargai dan mengiktiraf sumbangan, jasa serta khidmat cemerlang warga dalam Wilayah Persekutuan. – Bernama, 1 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.