Followers

Saturday, February 28, 2015

Formula terbaik selesai kemelut politik Sarawak, kata Najib


Formula terbaik yang memuaskan hati semua pihak akan digunakan dalam menangani isu penerimaan parti baharu dalam Barisan Nasional di Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Formula terbaik yang memuaskan hati semua pihak akan digunakan dalam menangani isu penerimaan parti baharu dalam Barisan Nasional di Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata formula terbaik dan memuaskan hati semua pihak akan digunakan untuk menangani isu penerimaan dua parti baharu - Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) dan Parti Bersatu Sarawak (UPP) sebagai anggota Barisan Nasional (BN).

"Saya berpandukan kepada BN Sarawak kerana ia lebih kepada masalah dalam komponen BN Sarawak, namun kita akan berhubung dengan parti-parti komponen BN bagaimana untuk menanganinya.

"Apa yang penting adalah untuk memastikan kekuatan BN untuk menjamin kemenangan dalam pilihan raya negeri akan datang.

"Saya tahu memang ada percanggahan di kalangan parti komponen BN tetapi kita akan menanganinya dengan cara baik untuk memuaskan hati semua pihak," katanya.

Perdana menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis peletakan batu asas Hospital Pakar Minor Sri Aman yang membabitkan kos RM200 juta, di Sri Aman, hari ini.




Mengenai tuntutan beliau kepada portal Harakahdaily berhubung kenyataan fitnah dalam artikel berhubung dana 1MDB di laman web itu, Najib berkata, beliau berhak untuk meminta portal berkenaan membuat kenyataan permohonan maaf dan menarik balik segala fitnah yang disiarkan.

Najib berkata, portal berkenaan telah menyalahgunakan kuasa dengan membuat fitnah tidak berasas dan beliau berhak menyaman serta membela diri.

Mengenai lawatan beliau ke Sarawak kali ini, Najib menyifatkan ia lebih menyeluruh kerana sempat melawat lebih banyak tempat serta berpeluang bertemu dengan lebih ramai rakyat Sarawak daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Di samping itu, lawatan ini dapat memastikan keputusan dan janji yang telah dibuat kerajaan dapat dilaksanakan seperti pelaksanaan hospital baharu Sri Aman yang berharga RM200 juta, katanya.

"Saya juga menerima permohonan baharu untuk dipertimbangkan yang boleh membantu pembangunan dan kesejahteraan rakyat," katanya. – Bernama, 27 Februari, 2015.

See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.