Followers

Sunday, February 22, 2015

Didesak Lepas Jawatan: Jawapan gentleman Mat Sabu

 
Beliau sedar siapa yang meletakkan beliau di situ

Mat Sabu berpegang kepada prinsip demokrasi di dalam PAS, tidak melulu dan berkepala batu!
Terserah kepada perwakilan - Mat Sabu
Irwan Muhammad Zain,Astro Awani | 

(Diterbitkan pada: Februari 22, 2015.

Terserah kepada perwakilan - Mat Sabu
Terserah kepada perwakilan - Mat Sabu
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kedudukannya dalam PAS ekoran desakan perwakilan Dewan Ulama PAS Perak supaya melepaskan jawatan kerana sering bertindak membelakangi Presiden.
"Terserah kepada perwakilan," kata Mohamad ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dikatakan sering bertindak membelakangi Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutama ketika krisis Menteri Besar Selangor tahun lepas.

Berucap di Multaqa Ulama SeMalaysia, perwakilan Dewan Ulama PAS, Sidek Noor menyelar Mat Sabu dan beberapa pemimpin kanan PAS kerana sering bertindak membelakangi Presiden.

Manakala Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengakui bahawa beliau pernah menegur sikap Mat Sabu yang didakwa sering tidak sealiran dengan Presiden parti.

Akhbar Mingguan Malaysia menerusi laporan muka depannya hari ini melaporkan Dewan Ulama PAS mengaitkan Mat Sabu dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Hatta Ramli sebagai dalang yang mahu menjatuhkan Abdul Hadi.

Usaha Astro Awani untuk mendapatkan Dr Hatta yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS setakat ini masih gagal.

Mat Sabu dan beberapa pemimpin PAS seperti Datuk Mustafa Ali merupakan pemimpin yang menggerakkan usaha untuk mewujudkan kepimpinan ulama pada awal tahun 80-an.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.