Followers

Friday, February 27, 2015

Bila dah susah, Jebon juga yang dicari.....

 

Dari kiri, Riza Aziz, Joey McFarland dan Jho Low pada tayangan perdana "The Wolf Wall Street" pada bulan Dis 2013.

Kredit Michael Loccisano / Getty Images Datuk Seri Najib Razak bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap portal milik PAS Harakahdaily kerana didakwa memfitnahnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak tirinya Riza Aziz, lapor Utusan Online.

Menurut laman sesawang milik Utusan Malaysia itu, surat tuntutan perdana menteri bagi memulakan tindakan undang-undang itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub pada pukul 3 petang.

Menurut Utusan Online, tindakan undang-undang tersebut dibuat atas kapasiti peribadi Najib yang juga merupakan presiden Umno berikutan fitnah dibuat Harakahdaily dalam laporan bertajuk, "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?"


Apabila dihubungi The Malaysian Insider, Rosli mengatakan beliau bangga jika benar disaman oleh Najib.

“Saya bangga sebagai orang kecil macam saya pun, perdana menteri akan saman,” katanya. “Saya akan bincang dengan peguam saya untuk mendapatkan nasihat, boleh jadi Mohamed Hanipa Maidin sebelum mengambil apa-apa tindakan.

"Menurut Rosli, tulisannya berdasarkan satu berita yang disiarkan akhbar Amerika Syarikat (AS) The New York Times. - SUMBER.
Thursday, February 26, 2015 Bila dah susah, Jebon juga yang dicari..... Dari kiri, Riza Aziz, Joey McFarland dan Jho Low pada tayangan perdana "The Wolf Wall Street" pada bulan Dis 2013. Kredit Michael Loccisano / Getty Images Datuk Seri Najib Razak bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap portal milik PAS Harakahdaily kerana didakwa memfitnahnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak tirinya Riza Aziz, lapor Utusan Online. Menurut laman sesawang milik Utusan Malaysia itu, surat tuntutan perdana menteri bagi memulakan tindakan undang-undang itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub pada pukul 3 petang. Menurut Utusan Online, tindakan undang-undang tersebut dibuat atas kapasiti peribadi Najib yang juga merupakan presiden Umno berikutan fitnah dibuat Harakahdaily dalam laporan bertajuk, "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?" Apabila dihubungi The Malaysian Insider, Rosli mengatakan beliau bangga jika benar disaman oleh Najib. “Saya bangga sebagai orang kecil macam saya pun, perdana menteri akan saman,” katanya. “Saya akan bincang dengan peguam saya untuk mendapatkan nasihat, boleh jadi Mohamed Hanipa Maidin sebelum mengambil apa-apa tindakan." Menurut Rosli, tulisannya berdasarkan satu berita yang disiarkan akhbar Amerika Syarikat (AS) The New York Times. - SUMBER

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.