Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkata, dakwaan itu hanya satu spekulasi, sambil menambah setiap kenyataan dikeluarkan anak kepada bekas menteri besar Kelantan itu ialah pandangan peribadi beliau.
"Itu hanya spekulasi. Pandangan beliau itu bukan pendirian parti. Keputusan parti hanya melalui mesyuarat. Kalau ada pandangan lebih awal, atau sebelum itu (mesyuarat), maka kita tidak anggap ia dari parti," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan berbau kontroversi ahli Parlimen Pasir Mas itu kebelakangan ini.
Bagaimanapun, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, menolak kemungkinan PAS akan mengenakan sebarang tindakan ke atas Nik Abduh ekoran kenyataannya yang kadangkala bertentangan dengan dasar parti Islam itu.
Sebelum ini, penganalisis politik Shahbudin Husin dalam komentarnya turut membidas Nik Abduh dengan menyifatkan kenyataannya seperti "pukul keliling", menggambarkan keadaan di mana banyak pihak yang tidak sebulu dengan pendiriannya, akan menjadi sasaran kecaman atau sindirannya.
"Seperti sedang mengadakan 'genjatan senjata' dengan Umno, yang tidak pula dimusuhi sebagaimana peranan seharusnya, beliau sebaliknya lebih galak menyerang rakan sendiri dalam PR.
"Malah, kelompok profesional atau Erdogan dalam PAS yang lebih cenderung untuk kekal bersama PKR dan DAP juga sering menjadi sasarannya.
Katanya, dalam isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), Nik Abduh antara yang paling aktif memberikan pandangan di mana reaksinya yang kontroversi diluahkan melalui media sosial dan menjadi bahan berita dan tajuk perbualan.
"Daripada meminta DAP mengamalkan demokrasi, dengan mengaitkan penolakan PAS terhadap pilihan raya PBT sama seperti DAP menolak hudud yang diperjuangkan PAS, beliau kini mengorak lebih jauh dengan mengatakan, jika keadilan yang diperjuangkan melalui pilihan raya itu, apakah sistem beraja yang ada sekarang perlu ditukar juga?" kata Shahbudin.
Nik Abduh juga dilaporkan menyindir pihak tertentu dalam PAS yang menyokong pilihan raya PBT, mengatakan pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang seharusnya diterima sebagai pendirian parti, bukannya bersifat peribadi.
"Jika ada pimpinan PAS yang gagal memahaminya, ia salah dan amat malang sekali," kata Nik Abduh.
Nik Abduh juga berpendapat tidak adil apabila DAP sahaja yang memperjuangkan dasar partinya itu, namun dalam masa sama menentang hasrat PAS melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah II (Hudud) di Kelantan.
Addin -
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.