Followers

Wednesday, February 4, 2015

Berita Ini Mengejutkan Keluarga Mahathir

 
Blogger tidak dikenali yang mengendalikan malaysianexpose.wordpress.com dan membuat serangan tidak berasas terhadap Datuk Tong Kooi Ong dan The Edge Media Group merupakan pihak yang sama di sebalik serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazir Razak.

Pada masa sama, siasatan menunjukkan, ia juga menulis blog lain yang mengandungi artikel memuji ahli perniagaan Jho Low.

Seperkara yang sama di sebalik serangan tersebut ialah The Edge banyak menulis pendedahan tentang syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sementara bekas perdana menteri itu juga terang-terangan mengkritik dana pelaburan negara tersebut, mengatakan ia tidak diperlukan dan patut ditutup.

Nazir, pengerusi CIMB Group, pernah dalam perbualan peribadinya melahirkan kebimbangan tentang hutang RM48 bilion 1MDB yang akan memberi risiko kepada sistem ekonomi dan perbankan sekiranya ia gagal.

Dalam satu temuramah bersama The Star pada Disember 2013, Nazir juga berkata beliau bimbang bagaimana 1MDB boleh membangunkan Tun Razak Exchange (TRX) memandangkan sudah terdapat lebihan bekalan ruang pejabat sedia ada.

Blogger tersebut bukan sahaja menyerang Dr Mahathir, tetapi juga anaknya, ahli perniagaan Tan Sri Mokhzani dan Datuk Mirzan serta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz.

Blogger tersebut juga menyerang bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin yang turut menyuarakan kebimbangannya mengenai 1MDB.


Dalam kes Nazir, isteri dan anak-anaknya juga terpalit dengan fitnah.

Snapshot cache Google blog kronismemahathir.wordpress.com seperti yang dilihat pada 16 Januari, 2015 yang menerang bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin. – Gambar dari Google, 3 Februari, 2015.Snapshot cache Google blog kronismemahathir.wordpress.com seperti yang dilihat pada 16 Januari, 2015 yang menerang bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin. – Gambar dari Google, 3 Februari, 2015.Sementara itu, Low Taek Jho, 30-an, yang berasal dari Pulau Pinang, juga dikenali sebagai Jho Low, terlibat dalam penubuhan Terengganu Investment Authority (nama 1MDB sebelum ini).

Beliau masih lagi berpengaruh luas di 1MDB kerana hubungan rapatnya dengan pihak Abu Dhabi yang mempunyai urusan bernilai berbilion ringgit dengan syarikat kontroversi yang sarat menanggung hutang itu, yang dimiliki Kementerian Kewangan.

Low yang sering dilihat di parti mewah dengan selebriti Hollywood seperti Paris Hilton dan Leonardo Di Caprio, mempunyai urusan perniagaan dengan 1MDB, termasuk tawaran £1 billion (RM5.6 bilion) untuk kumpulan hotel UK Coroin Ltd yang gagal pada 2011.

1MDB memberi surat sokongan kepada Kumpulan Wynton milik Low untuk membeli Coroin yang memiliki beberapa hotel, termasuk Claridge's.

Low membuat bidaan tersebut bersama rakannya Sheikh Mansour Zayed of Abu Dhabi, yang juga pemilik kelab English Premier League Manchester City.

Namun mereka gagal kerana sesetengah pemegang saham Coroin merasakan, perjanjian yang dicadangkan dengan hutang yang tinggi (seperti kebiasaan perjanjian dibuat 1MDB) tidak dapat berfungsi.

Namun Low dan Sheikh Mansour, yang membeli saham kecil dari Coroin sebelum cuba membeli semua sahamnya, dipercayai mengaut keuntungan besar selepas menjual saham mereka kepada pembeli berikutnya.

1MDB tidak pernah menjelaskan mengapa ia mengeluarkan surat sokongan tersebut, yang timbul semasa kes mahkamah di London melibatkan pemegang saham Coroin yang bertelagah, bagi membantu Low.

Tahun lepas, The Edge Media Group menyiarkan beberapa pendedahan tentang hal ehwal 1MDB, termasuk sokongan 1MDB bagi Low untuk membeli Coroin serta pembelian tanah RM1.38 bilion di Pulau Pinang seminggu sebelum Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13), daripada ahli perniagaan yang rapat dengan Low dan bapanya Tan Sri Larry Low Hock Peng.

The Edge melaporkan yang 1MDB terlebih bayar bagi bidang-bidang tanah yang bermasalah, dan ia akan kehilangan banyak wang untuk membina 9,999 perumahan mampu-milik, disebabkan kos tanah yang tinggi serta kos mengosongkan beberapa ribu rumah yang berada di sana sejak 1950-an.

Blogger yang tidak dikenali itu menggunakan nama 'ahrily90' dan menulis di blog berikut sejak pertengahan tahun 2014:


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.