Followers

Thursday, February 19, 2015

Berdepan Kemarahan Rakyat, Jokowi Gugurkan Calon Ketua Polis Negara Indonesia. Posted by Ibnu Hasyim

 
JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo menggugurkan pencalonannya untuk jawatan ketua polis negara semalam selepas berminggu-minggu berdepan kemarahan orang ramai ekoran calon berkenaan disyaki terlibat dengan rasuah.

Kelewatan Presiden Indonesia itu yang lebih dikenali sebagai Jokowi membatalkan pencalonan Budi Gunawan juga menyebabkan ramai penyokongnya sangsi dengan keupayaan beliau menangani rasuah.

Budi sebelum ini dinamakan sebagai suspek oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK)
“Hari ini (semalam), kami menyerahkan satu pencalonan baharu untuk kelulusan Parlimen.

“Beliau ialah pemangku ketua polis Indonesia, Badrodin Haiti,” kata Jokowi pada satu sidang akhbar di Istana Presiden di sini.


Pada bulan lalu, KPK menamakan Budi sebagai suspek dalam satu kes rasuah sekali gus memaksa Jokowi menangguhkan pelantikannya.

Sebagai tindak balas, polis Indonesia mengisytiharkan ketua KPK, Abraham Samad dan timbalannya,
Hakim Diharapkan Berani Tolak Penetapan Tersangka Budi Gunawan Calon Kapolri (Ketua Polis) Komjen Pol Budi Gunawan. SINDOphoto


Widjojanto sebagai suspek dalam dua kes jenayah berasingan serta mengancam untuk menyiasat lebih ramai pegawai kanan agensi pencegahan rasuah itu.


Pada sidang akhbar berkenaan, Jokowi turut mengumumkan penggantungan tugas Abraham dan Bambang. Menurutnya, mereka akan diganti supaya kerja-kerja KPK boleh diteruskan.

Sementara itu, kaji selidik terbaharu oleh firma audit tempatan pada bulan ini mendapati cuma 45 peratus rakyat Indonesia yang berpuas hati dengan prestasi Jokowi berbanding 72 peratus pada Ogos, tahun lalu. – Reuters 

 
WALAUPUN PRESIDEN JOKOWI ITU HEBAT - SAYANGNYA....SEBAGAI PEMIMPIN NEGARA ISLAM TERBESAR DIASIA - ISTERINYA BELUM LAGI MENUTUP KEPALA.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.