Followers

Monday, February 16, 2015

Anak ke-4 Anwar pula tampil demi papa

 
 

Anggota keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim terus tampil seorang demi seorang bagi mendesak pembebasan ketua umum PKR itu.

Selepas Nurul Nuha, anak keempat Anwar, Nurul Ilham, hari ini tampil memberikan ucapan ringkas dalam sebuah majlis pelancaran buku anjuran DAP.

Ilham pada mulanya diperkenal oleh pemimpin popular DAP Lim Kit Siang sebagai Nurul Nuha, kakaknya, yang terlibat dalam kempen “Berarak Demi Kebebasan”.

“Sebenarnya nama saya Nurul Ilham.

“Saya anak keempat daripada enam adik beradik,” katanya di hari keenam Anwar merengkok di penjara Sungai Buloh selepas disabitkan bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ilham mengambil kesempatan mempromosikan poskad acara itu kepada peserta yang hadir.

Dalam acara itu, orang ramai turut digalakkan menandatangani poskad untuk dihantar kepada Anwar sebagai tanda sokongan.

Ilham hadir dalam pelancaran buku berjudul Tragic Orphans (atas) tulisan bekas diplomat Australia di Malaysia Carl Vadivella Belle yang mengisahkan berhubung perit jerih kehidupan masyarakat India negara ini.

“Bila ayah saya dimasukkan ke penjara, cucunya berumur hampir sama dengan kami (anak-anaknya) ketika dia (Anwar) pertama kali dipenjara pada 1999,” kata Ilham.



Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.