Malah, Zamani yang kini ditahan reman atas kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah selepas ditahan awal pagi Rabu lalu, turut memaafkan individu terbabit.
Perkara itu dimaklumkan sendiri abangnya, Zulfazil Ibrahim, 50, yang ditemui media selepas melawat penyanyi terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, sebentar tadi.
"Beliau sendiri yang meminta isu ini tidak dipanjangkan dan sudah memaafkan individu terbabit. Saya dan keluarga akur dengan permintaan beliau dan tidak akan mengambil sebarang tindakan.
"Ketika beliau ditahan dan penyebaran video ini berlaku, saya langsung tidak tahu sehinggalah dimaklumkan oleh kawan.
"Agak terkilan dan sedih dengan penyebaran video ini, tetapi, saya bangga dengan beliau kerana dalam keadaan menghadapi kes ini, beliau tetap sudi memaafkan orang yang bertindak sedemikian," katanya.
Sementara itu peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata, kes Zamani akan disebut di Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari 2015.
Dalam itu, difahamkan, satu laporan dibuat polis berkait beberapa tindakan oleh anggotanya serta saksi lain yang dipercayai terbabit merakam serta menyebar video berkenaan.
Sebanyak 40 telefon bimbit termasuk milik anggota terbabit juga sudah dirampas untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut. - BH Online
Read more: http://www.kitabantai.info/2015/01/zamani-maafkan-individu-sebar-videonya.html#ixzz3PfxqVKfq
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.