Followers

Saturday, January 3, 2015

Zam: Kenapa bangkit isu ketiadaan Rosmah?

 
 
Bekas menteri kabinet, Datuk Zainuddin Maidin percaya isu ketiadaan Datin Seri Rosmah Mansor di tanah air dibangkitkan untuk menghakis populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Zainuddin berkata, beliau tahu bahawa warga media selama ini tidak senang apabila Rosmah dilihat terlalu menonjol.

Maka, beliau berpendapat bahawa tindakan media yang mempersoalkan ketidakhadiran Rosmah kali ini berniat untuk mencalarkan lagi imej Najib.

“Selama ini orang media sendiri pun tidak bagitu senang dengan penonjolan keterlauan Rosmah di media utama akhbar dan televisyen, maka mengapa ketidakhadirannya menjadi suatu persoalan utama mereka?

“Tidakkah ia lebih bermotif untuk menghakiskan lagi populariti Najib? Adakah mereka sekarang telah berfikir sebaliknya bahawa dengan kehadhiran Rosmah akan membantu memperbaiki imej Najib?,” kata Zainuddin.

Dalam tulisannya di blog zamkata.blogspot.com, bekas MP Merbok itu berkata isu yang dibangkitkan oleh The Malaysian Insider itu bertujuan untuk “menyerlahkan aspek negatif”.

"(Namun) saya tidak percaya akan dapat menutup keperihatinan, kesungguhan dan kegigihan Datuk Seri Najib," katanya.

Dengan sinis, Zainuddin berkata ia dapat dilihat apabila Najib sanggup meninggalkan permainan golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk pulang ke tanah air.

Najib juga tanpa membuang masa dan dengan tidak mengira penat lelah melawat mangsa banjir sebaik tiba di tanah air, Sabtu lalu, katanya.
 
 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.