SAYA terbaca sepintas lalu berita Ustaz Kazim Elias, ustaz serba boleh – penceramah, daie, penghibur yang berjenaka – dalam Facebooknya menyebut menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad bertanyakan sikapnya tentang hudud.
Apa yang difahami dari tanggap an Ustaz Kazim, Dr Mahathir juga mahu
hudud. Apa pun dia ada takwil tentang peraturan yang sediakan oleh PAS.
Malangnya tiada siapa datang membincangkan takwilnya lalu mengira dia
menolak hudud.
Kita terima nukilan Ustaz Kazim seadanya.
Empat bulan sebelum Pilihan Raya Umum tahun 1982 saya bertemu Hujjatul
Islam Hashemi Rafsanjani, Speaker Parlimen Iran yang baru pulang dari
Kuala Lumpur di Tehran. Katanya, dia bertemu Mahahir. Katanya dia juga
mahukan Islam.
Maksud mahukan Islam itu ialah menjadikan Islam sebagai peraturan bagi orang perseorangan, masyarakat dan nusa.
Saya tanya beliau, adakah anda percaya kepadanya? Jawabnya, anda lebih
tahu kerana dia adalah perdana menteri anda. Tidaklah saya berhajat
untuk menyangkal apa yang Dr Mahathir kata pada Hujjatul Islam
Rafsanjani dan Ustaz Kazim, kerana tidak bijak mentakwil apa yang ada
dalam hati dan otak seseorang selain dari Allah.
Apa yang saya boleh komen ialah adanya orang memberitahu saya dia mahu menjadi penulis dan bagaimana hendak jadi penulis.
Saya tidak takwil hajatnya dan cita-citanya untuk jadi penulis.
Jawab saya, sekadar bercita-cita untuk menjadi penulis tetapi tidak menulis, anda tidak jadi penulis.
Tetapi dengan menulis setiap hari, anda akan jadi penulis yang baik.
Jika kita ibaratkan hendak menjadi penulis disamakan dengan hendakkan
Islam, maka tidaklah hendak Islam itu sekadar berkata dan bercita-cita
hendakkan Islam, tetapi tidak buat apa yang diperintah Islam.
Apa kita hendak kata kepada orang Islam yang masuk PAS pula tapi tidak solat dan tidak puasa?
Maka itulah yang dinamakan orang Islam yang tidak bertiang.
Solat ialah tiang agama/Islam. Kalau anda masuk Islam atau jadi Islam
sejak lahir tetapi tidak solat bererti anda masuk Islam yang tidak
bertiang. Samalah seperti berada tanah lapang yang tidak berpokok dan
bangunan.
Dan Islam itu bukanlah solat saja. Islam itu ada rukun imannya dan ada
rukun Islamnya.
Ada puasanya, ada zakatnya, ada peraturan nikahnya dan
ada hukum jenayahnya. Kita terima rukun imannya tetapi tidak laksana
rukun Islam sepenuhnya, samalah Islamnya itu orientalis.
Orientalis belajar Islam setinggi- tingginya, mahir al-Quran dan
sunnahnya tetapi bukan untuk beriman dan beribadat, bahkan dengan ilmu
Islamnya dia mengajak orang menentang Islam dan meninggalkan Islam.
Atau tidak suruh tinggalkan Islam, tapi kekal dalam Islam sekadar tidak
melaksanakan hal-hal yang wajib. Inilah Islam yang penjajah mahu dan
penjajah tinggalkan.
Kata tukang-tukang logik ia adalah Islam Belanda dan Islam Inggeris. Orang Iran kata tentang Islam Saudi sebagai Islam Amerika.
Dari keadaan ini orang meminjam logik peraturan hudud yang dirangka oleh
PAS itu adalah hudud PAS. Adalah hudud Brunei Darusslam dan hudud Aceh
itu juga bukan hudud Islam tetapi hudud Brunei dan hudud Aceh?
Orang yang beriman kepada apa-apa jua yang diwajib oleh Islam, tidaklah
dia menunggu untuk melaksanakannya setelah disuruh. Apabila dia tahu ia
wajib, maka tidak ditakwil lagi lalu dilaksanakannya. Jika tidak tahu
macam mana melaksanakannya, maka dia mengaji supaya dia tahu.
Tidaklah dia tunggu orang datang kepadanya untuk memberitahu tentang
yang wajib itu begitu dan begini. Kalau dia tunggu orang datang untuk
memberitahunya, maka samalah dia dengan gunung.
Gunung tidak datang
kepada Muhammad. Ia tunggu Muhammad. Muhammad yang datang kepada gunung.
Kalau Muhammad tidak datang? Di situlah ia tidak bergerak.
Manusia terutama yang Islam, mahu solat dan puasa, dan mahu hudud tidak boleh jadi macam gunung.
Dia mesti buktikan dia manusia Islam. Imam Bukhari, Imam Muslim dan
lain-lain tidak tunggu orangorang yang menyimpan sanad hadis datang
kepada mereka bagi meriwayatkan hadis yang mereka kumpul. Melainkan
mereka pergi ke semua ceruk rantau mencari nya.
Mengapa mereka ke manamana mencarinya? Kerana mereka bukan gunung tetapi
mereka adalah orang mukalaf. Yang bersetuju menerima amanah dan
tanggungjawab untuk menjadi khalifah di buka bumi.
Gunung sememangnya dijadikan malas. Ia tidak bergerak ke mana-mana. Di
situlah ia dari mula hingga akhir atau datang manusia membotakkannya.
Tetapi ia ikhlas. Bila ia ditawarkan untuk jadi khalifah di bumi, ia
tolak. Ia tahu ia tak boleh buat dan ia malas.
Tetapi manusia tak tahu ia tak boleh buat dan ia nak ikut malas seperti gunung juga. Maka itulah dinamakan insan gunung.
Sekarang telah datang ilham kepada manusia untuk melaksanakan hudud. Masa penjajah dulu tidak ramai yang dapat ilham.
Orang dapat ilham sama ada diburu atau dipinggirkan. Itulah nasib orang Islam yang dijajah.
Sekarang sudah merdeka. Orang Islam tetap mahu terus menjadi orang
Islam. Dan akhirnya yang serba salah dulu pun mula mengaku hendakkan
hudud juga.
Setengah menunggu orang lain buat, baru dia hendak buat. Kalau tiada
orang hendak buat, me reka selesa join Yahudi dan Nasrani yang tidak
mahu hukum yang disyariatkan kepada Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa
al-Masih.
Kalau Yahudi tidak ikut syariat Nabi Musa dan Nasrani tidak
ikut syariat Isa al-Masih, maka umat Nabi Muhammad s.a.w. pun mahu jadi
macam Yahudi dan Nasrani tidak ikut syariatnya.
Mungkin ada benarnya orang PAS yang hendak menegakkan hudud itu tidak
pergi berjumpa setiap orang untuk mengajak setiap yang mentakwilnya
menyokongnya.
Tetapi orang PAS selain dari tidak terlatih seperti orang jemaah tabligh
pergi dari rumah ke rumah mengajak orang ke masjid, mereka telah
terlatih menggunakan teknologi maklumat bagai menyampaikan semua
seruannya.
Nabi s.a.w. tidak mencari Salman al-Farsi untuk menyampaikan seruan.
Salman yang mendengarnya mencarinya. Maka apa salahnya orang Islam yang
berpelajaran tinggi dan ada kedudukan mencari penggubal hudud
bertanyakan mengapa buat begitu dan begini?
Orang yang mengaku dirinya
mahukan hudud mesti ada rasa terpanggil untuk sama-sama menegakkannya
dan membaiki apa yang dirasakan kurang, supaya ia jadi sempurna.
Yang ada ialah yang mahukan hudud tetapi memperleceh apa yang orang buat sedang dia tidak buat apa-apa.
Yang kata hendak Islam tetapi tidak buat apa yang Islam buat, yang mahu
hudud tetapi tidak buat apa-apa supaya hudud dimartabatkan adalah sama
seperti gunung dan bukit yang dijadikan menunggu bila Islam dan hudud
hendak dilaksanakan, kerana ia tidak diberi tanggungjawab untuk
melaksanakannya.
Yang diberi tanggungjawab dan amanah melaksanakannya ialah sekalian
mukalaf laki-laki dan perempuan. Pondan yang mukalaf termasuk di
kalangan lakilaki.
Itu lah komen saya atas apa yang Rafsanjani dan Ustaz Kazim kata.
KedahLanie.info
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.