Followers

Wednesday, January 21, 2015

Tangani isu rasuah, ketirisan dalam pentadbiran, nasihat Azmin kepada Najib OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, semakan semula Bajet 2015 tidak bermakna jika isu asas seperti ketirisan, amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran masih tidak ditangani. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Januari, 2015. 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, semakan semula Bajet 2015 tidak bermakna jika isu asas seperti ketirisan, amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran masih tidak ditangani.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, semakan semula Bajet 2015 tidak bermakna jika isu asas seperti ketirisan, amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran masih tidak ditangani.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memastikan isu ketirisan dalam pentadbirannya ditangani sehingga akar umbi selepas mengumumkan langkah penstrukturan semula Bajet 2015, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri Besar Selangor itu berkata, pihaknya menyambut baik semakan semula Bajet 2015, salah satunya dengan mengurangkan RM5.5 bilion perbelanjaan mengurus berdasarkan situasi ekonomi semasa.

Tetapi katanya, itu tidak bermakna jika isu asas seperti ketirisan, amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran masih tidak ditangani Najib.

"Keutamaannya adalah isu asas seperti ketirisan, rasuah, penyalahgunaan kuasa perlu ditangani selaras dengan bajet baru yang diumumkan," katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Azmin berkata, Najib perlu membuat langkah penjimatan di jabatannya sendiri memandangkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) semasa pembentangan Bajet 2015 pada Oktober tahun lalu menerima peruntukan terbesar sebanyak RM19 bilion berbanding jabatan lain.

"Keseluruhan Bajet 2015 perlu dinilai semula. Salah satu komponen terbesar bajet diperuntukkan untuk JPM. Jadi saya rasa beliau perlu membuat langkah penjimatan dibawah pentadbirannya dan perlu diambil perhatian segera," katanya.

Najib dalam Perutusan Khas Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara di Putrajaya pagi tadi membentangkan beberapa langkah penstrukturan semula bajet.

Antaranya menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun ini yang dapat menjimatkan wang negara RM400 juta, serta menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak RM300 juta.

Manakala cadangan kenaikan tarif elektrif dan harga gas untuk sektor industri pada tahun ini ditangguhkan.

Namun, perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan sebanyak RM48.5 bilion dalam Bajet 2015 tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan, umum Najib. – 20 Januari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.