Isu ketelusan kerajaan Selangor dibangkitkan oleh Pengerusi Selcat
Hannah Yeoh dalam pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) 2011.
Isu ketelusan kerajaan Selangor dibangkitkan oleh Pengerusi Selcat
Hannah Yeoh dalam pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) 2011.
Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan
Ketelusan (Selcat) mempersoalkan ketelusan kerajaan Selangor
melaksanakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) 2011 terutamanya
melibatkan perjanjian kontroversi termasuk memorandum persefahaman (MoU)
air, Lebuhraya Damansara Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Kinrara
Damansara (Kidex), kata Hannah Yeoh.
Pengerusi Selcat itu
berkata, wujud beberapa kelamahan dan halangan utama dalam proses
penyaluran maklumat lengkap kepada pemohon, iaitu kesukaran mendapat
kebenaran serta maklum balas daripada 'pihak ketiga'.
Katanya,
kompetensi kerajaan negeri dalam mengamalkan FOI masih belum memenuhi
matlamat yang disasarkan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR).
"Perlu kaji semua kelemahan untuk jadi lebih berkesan dan pada masa
sama maklumat daripada pihak ketiga tidak disalah guna," katanya pada
sidang media di Bangunan Annexe di Shah Alam, hari ini.
Yeoh
berkata, kelemahan itu menyebabkan masyarakat awam sangsi keikhlasan
kerajaan negeri melaksanakan FOI kerana proses permohonan maklum balas
memakan masa panjang melebihi tempoh 30 hari.
"Orang luar tanya
sama ada kerajaan negeri ikhlas laksanakan enakmen ini terutama
membabitkan isu besar seperti Perjanjian Persefahaman (MoU)
Penstrukturan Industri Air, Lebuhraya Kinrara- Damansara dan Lebuhraya
Damansara- Shah Alam.
"Pemohon kecewa kerana tidak memperoleh maklumat seperti diminta ekoran kegagalan mendapatkan kebenaran daripada pihak ketiga.
"Lebih 30 hari dan adakalanya memakan masa berbulan-bulan baru pemohon
dapat maklum balas namun bukanlah jawapan seperti diinginkan," katanya.
Pada masa sama, kebimbangan timbul jika pendedahan melalui FOI disalah
guna untuk kepentingan tertentu dan dibuat tanpa kawalan.
"Oleh
itu, pegawai maklumat perlu diberikan lebih latihan agar informasi yang
dikeluarkan selamat namun pada masa sama prinsip kebebasan efektif,"
katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya itu
berkata, Selcat akan mengkaji kelemahan itu dan akan membentangkan
saranan dalam sesi DUN pada Mac akan datang.
Saranan itu katanya termasuk cadangan pindaan enakmen FOI supaya menjadi lebih efektif.
Selain Hannah, dan enam jawatankuasa Selcat adalah Adun Taman Medan
Haniza Talha, Saari Sungip (Hulu Kelang), Ng Suee Lim (Sekinchan),
Sulaiman Razak (Permatang), Shafie Ngah (Bangi), dan Dr Xavier Jayakumar
(Andalas). – 27 Januari, 2015.
http://www.themalaysianinsider.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.