Followers

Sunday, January 4, 2015

Saya masih belum terima notis pemulangan pampasan, kata Faekah OLEH DIYANA IBRAHIM

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Faekah Husin (kanan) belum menerima sebarang notis berhubung pemulangan wang 'golden handshake' yang diberi bekas Menteri Besar Selangor Tan Sti Abdul Khalid Ibrahim.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) Faekah Husin menafikan menerima notis berkenaan arahan pemulangan semula wang pampasan sebanyak RM2.6 juta oleh kerajaan negeri, susulan kenyataan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini.

Dalam reaksi ringkasnya, beliau berkata hanya akan memberi komen mengenai tindakan lanjutnya, sama ada mahu akur dengan arahan itu atau tidak, setelah menerima notis tersebut.

"Saya masih belum menerima sebarang notis mengenainya. Akan komen setelah meneliti notis tersebut (jika ada)," katanya kepada The Malaysian Insider melalui khidmat sistem pesanan ringkas.

Azmin yang ditemui pemberita selepas menghadiri program Maulidur Rasul pagi tadi berkata, MBI di bawah pengurusan baru, memutuskan kesemua jumlah wang pampasan skim pemberhentian secara sukarela (VSS) yang diberikan kepada lapan bekas pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mesti dipulangkan.

Pendedahan pemberian RM2.6 juta pampasan atau "golden handshake" yang diberikan kepada pembantu Khalid November lepas mengejutkan ramai pihak kerana bekas menteri besar itu sebelum ini dikenali sebagai pemimpin yang telus dalam menguruskan kewangan.

Dokumen bayaran pampasan tersebut menunjukkan jumlah terbesar bayaran tersebut diberi kepada Faekah, iaitu sebanyak RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

Azmin berkata, keputusan itu dibuat MBI di bawah pengurusan baru, setelah hasil siasatan mendapati bayaran pampasan itu jelas melanggar tatacara kewangan dan kontrak yang ditandatangani bersama.

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri memberi tempoh 14 hari untuk wang tersebut dipulangkan dan MBI juga akan mengkaji semula wang pampasan baru terhadap lapan bekas pembantu Khalid itu.

Sementara itu bekas pegawai akhbar Khalid, Nazuri Ismail, antara lapan orang bekas pembantu yang turut menerima pampasan berkata, beliau juga tidak menerima notis tersebut.

Beliau yang diminta mengulas mengenai arahan pemulangan tersebut turut melahirkan reaksi sama dengan Faekah, iaitu mahu melihat notis tersebut terlebih dahulu.

"Setelah dapat surat itu nanti kita akan teliti berdasarkan nilai perundangan," katanya sambil menyifatkan arahan pemulangan itu sebagai "buruk siku".

Cubaan The Malaysian Insider mendapatkan reaksi daripada bekas setiausaha politik Khalid Mustapa Mohd Talib dan bekas setiausaha akhbarnya, Arfa'eza Abdul Aziz tidak berjaya.

Namun, The Malaysian Insider difahamkan keenam bekas pembantu Khalid juga masih tidak menerima notis tersebut.

Arfa'eza dilaporkan menerima bayaran pampasan RM358,000 dan RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan manakala Mustapa didakwa dibayar RM265,000.

Selebihnya didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.

Bayaran tersebut diluluskan Khalid yang juga ahli lembaga MBI, serta empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS pada 22 September, salah satu tindakan akhirnya sebagai menteri besar. – 3 Januari, 2015.

/www.themalaysianinsider.com

Saya masih belum terima notis pemulangan pampasan, kata Faekah

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Faekah Husin (kanan) belum menerima sebarang notis berhubung pemulangan wang 'golden handshake' yang diberi bekas Menteri Besar Selangor Tan Sti Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Januari, 2015.Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Faekah Husin (kanan) belum menerima sebarang notis berhubung pemulangan wang 'golden handshake' yang diberi bekas Menteri Besar Selangor Tan Sti Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Januari, 2015.Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) Faekah Husin menafikan menerima notis berkenaan arahan pemulangan semula wang pampasan sebanyak RM2.6 juta oleh kerajaan negeri, susulan kenyataan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini.
Dalam reaksi ringkasnya, beliau berkata hanya akan memberi komen mengenai tindakan lanjutnya, sama ada mahu akur dengan arahan itu atau tidak, setelah menerima notis tersebut.
"Saya masih belum menerima sebarang notis mengenainya. Akan komen setelah meneliti notis tersebut (jika ada)," katanya kepada The Malaysian Insider melalui khidmat sistem pesanan ringkas.

Azmin yang ditemui pemberita selepas menghadiri program Maulidur Rasul pagi tadi berkata, MBI di bawah pengurusan baru, memutuskan kesemua jumlah wang pampasan skim pemberhentian secara sukarela (VSS) yang diberikan kepada lapan bekas pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mesti dipulangkan. Pendedahan pemberian RM2.6 juta pampasan atau "golden handshake" yang diberikan kepada pembantu Khalid November lepas mengejutkan ramai pihak kerana bekas menteri besar itu sebelum ini dikenali sebagai pemimpin yang telus dalam menguruskan kewangan.
Dokumen bayaran pampasan tersebut menunjukkan jumlah terbesar bayaran tersebut diberi kepada Faekah, iaitu sebanyak RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.
Azmin berkata, keputusan itu dibuat MBI di bawah pengurusan baru, setelah hasil siasatan mendapati bayaran pampasan itu jelas melanggar tatacara kewangan dan kontrak yang ditandatangani bersama.
Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri memberi tempoh 14 hari untuk wang tersebut dipulangkan dan MBI juga akan mengkaji semula wang pampasan baru terhadap lapan bekas pembantu Khalid itu.
Sementara itu bekas pegawai akhbar Khalid, Nazuri Ismail, antara lapan orang bekas pembantu yang turut menerima pampasan berkata, beliau juga tidak menerima notis tersebut.
Beliau yang diminta mengulas mengenai arahan pemulangan tersebut turut melahirkan reaksi sama dengan Faekah, iaitu mahu melihat notis tersebut terlebih dahulu.
"Setelah dapat surat itu nanti kita akan teliti berdasarkan nilai perundangan," katanya sambil menyifatkan arahan pemulangan itu sebagai "buruk siku".
Cubaan The Malaysian Insider mendapatkan reaksi daripada bekas setiausaha politik Khalid Mustapa Mohd Talib dan bekas setiausaha akhbarnya, Arfa'eza Abdul Aziz tidak berjaya.
Namun, The Malaysian Insider difahamkan keenam bekas pembantu Khalid juga masih tidak menerima notis tersebut.
Arfa'eza dilaporkan menerima bayaran pampasan RM358,000 dan RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan manakala Mustapa didakwa dibayar RM265,000.
Selebihnya didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.
Bayaran tersebut diluluskan Khalid yang juga ahli lembaga MBI, serta empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS pada 22 September, salah satu tindakan akhirnya sebagai menteri besar. – 3 Januari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-masih-belum-terima-notis-pemulangan-pampasan-kata-faekah#sthash.UPdDtv0l.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.