Followers

Tuesday, January 13, 2015

QZ8501: Tiada bukti kukuh sokong teori pesawat meletup di udara sebelum terhempas


PENYIASAT Airbus memeriksa serpihan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Pelabuhan Kumai, Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah hari ini. - Foto Reuters

JAKARTA: Tidak ada bukti kukuh untuk menyokong teori bahawa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 meletup di udara sebelum terhempas di dalam air, kata seorang penyiasat keselamatan pengangkutan Indonesia, hari ini.

"Tidak ada data untuk menyokong teori seperti itu," kata Santoso Sayogo, seorang pegawai penyiasat di Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Negara.

Kenyataan Santoso itu bertentangan dengan analisis oleh Ketua Penyelaras Operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (BASARNAS) Indonesia, Supriyadi.


Seorang polis tentera Indonesia membawa perakam data pesawat AirAsia QZ8501 ke sidang media di pangkalan tentera udara di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, hari ini. Perakam itu adalah sebahagian daripada kotak hitam pesawat yang berjaya ditemui dalam operasi SAR di Laut Jawa, hari ini. – Gambar Reuters, 12 Januari, 2015.
Supriyadi berkata, pesawat membawa 162 penumpang termasuk anak kapal itu yang terhempas Ahad minggu lalu di Laut Jawa mungkin "mengalami letupan" sebelum ia terhempas ke dalam air, antara lain disebabkan perubahan mendadak terhadap tekanan udara.

"Analisis saya, berdasarkan bangkai yang ditemui dan penemuan serpihan lain, pesawat itu mengalami letupan sebelum ia terkena air," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bahagian kiri pesawat itu seolah-olah sudah hancur, menunjukkan bahawa ada perubahan terhadap tekanan udara yang menyebabkan letupan berlaku. 


REUTERS/Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.