Followers

Tuesday, January 13, 2015

Peguam utama Zaidi tak hadir tanda protes

 
 
Peguam Major Zaidi Ahmad, Mohd Hanipa Maidin, berkata pihak pembelaan memutuskan tidak mengambil bahagian dalam keputusan mahkamah tentera hari ini, sebagai tanda protes ekoran keputusan panel hakim yang didakwa berat sebelah.

Hanipa yang juga MP Sepang dan ahli jawatankuasa pusat PAS, menyifatkan kes Zaidi sebagai "satu persendaan terhadap keadilan" berikutan keputusan mahkamah itu mendapati anak guamnya bersalah dan menjatuhkan hukuman maksimum dibuang kerja walaupun kerjayanya yang cemerlang.

Alasannya untuk tidak mengambil bahagian hari ini termasuk:


  • Tiada alasan bertulis diberikan dalam mengekalkan baki dua tuduhan, walaupun mahkamah telah memutuskan untuk menggugurkan lima daripada tujuh tuduhan.
     
  • Pengerusi panel hakim, Kolonel Saadon Hasnan telah membuat posting dipertikaikan pada laman Facebook Zaidi sebelum memanggil Zaidi membela diri. Berikutan itu, peguam beliau mendakwa berlaku berat sebelah.
     
  • Zaidi telah membuat afidavit berhubung posting di Facebook itu, dan ini tidak dipatahkan oleh Saadon atau hakim yang lain. Hanipa berkata jika Saadon mahu menafikannya, beliau sepatutnya membuat laporan polis atau mengemukakan afidavit jawapan. "Mengikut pemahaman saya, tidak ada laporan polis yang dibuat".
     
  • Perbicaraan untuk membatalkan panel hakim itu tidak dilayan berikutan posting tersebut.
     
  • Pihak pembelaan mahu memanggil Saadon sebagai saksi pembelaan, tetapi ini juga telah ditolak oleh mahkamah.
         
  • Pihak pembelaan mahu mahkamah mengisytiharkan ini sebagai salah bicara, dan ini juga telah ditolak oleh mahkamah tentera.
Berdasarkan keadaan itu, kata Hanipa, adalah mustahil untuk beliau turut mengambil bahagian di mahkamah tentera itu.


Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.