ERIC PAULSEN
BEBAS
peguam eric paulsen
baru sahaja dibebaskan
dari lokap dang wangi
dengan jamin mulut
tidak adaa tarikh bicara
hanya tukar tiub berani
lapor
hanya tukar tiub berani
langgar
hanya tukar tiub berani
hasut
DUA JANTAN
MASIH BEBAS
Pembunuhan Altantuya:
Azilah dan Sirul Azhar Bersalah! Tersenarai Bersama Kes Mustakizah,
Norita, Hasleza?
kes AltantuyaSelepas bertahun-tahun kes mahkamah cukup berprofil tinggi
tergantung sehingg di bawa ke Mahkamah Perseketuan untuk diadili oleh
atas pentas yang dinamakan “mencari keadilan” akhirnya Cif Inspektor
Azilah bin Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar “terbukti bersalah”
membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu oleh kalangan 5 panel
hakim di mahkamah yang tertinggi di Malaysia Mahkamah Persekutuan dan
bakal menjalani hukuman gantung sampai mati.
Persoalan Disebalik Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu?
Ya, Muktamad…Cif Inspektor Azilah bin Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar
“disahkan” telah membunuh Altantuya Shaariibuu
Apa sebab dan motif dua bekas komando polis bunuh Altantuya
Shaariibuu pada tahun 2006? Entah……
Siapa yang arah dua bekas komando polis bunuh Altantuya
Shaariibuu sebenarnya? Entah….
Macam mana dua bekas komando polis boleh menggunakan C4 untuk
meletupkan Altantuya Shaariibuu? Entah…..
Kes Altantuya Shaariibuu ini mendapat perhatian dunia, media
antarabangsa dan rakyat Malaysia apabila menyimpan seribu macam misteri
yang “masih lagi tersimpul rapi” menantikan masa dan ketikanya untuk
dirungkaikan.
Senarai Kes Pembunuhan di Malaysia Yang Berprofil Tinggi & Cukup
Misteri?
kes Altantuya Shaariibuu
Yang pastinya kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ini akan meletakkan
jenayah berprofil tinggi ini sebaris dengan kes jenayah yang cukup
terkenal antaranya :
Kes Pembunuhan Mustakizah Jaafar
Kes Pembunuhan Norita Samsudin
Kes Pembunuhan Hasleza Ishak
Terkini, Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu
Setelah 9 tahun berlalu, rakyat Malaysia dipertonton satu karya “drama
yang cukup agung yang bertema jenayah” sehingga menerbitkan seribu macam
teori, pandangan, fakta-fakta yang berbangkit daripada pelbagai pihak
dan kumpulan masyarakat disebalik kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu
ini.
Jikalau dibawa kes Altantuya Shaariibuu ini ke luar negara, kita akan
melihat lahirnya hikayat moden seperti mana kes pembunuhan
Kita sedang melihat kelahiran sebuah hikayat moden – agak sama dengan
pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy yang begitu
mengejutkan dunia sehingga akhirnya telah meletusnya perdebatan dan
perkongsian pandangan serta kontroversi baik dari rakyat Amerika
sendiri, penduduk seluruh dunia dan juga rakyat malaysia sendiri.
Sehingga ke hari ini, kes pembunuhan John F. Kennedy (JFK) terus menjadi
misteri dan terus tercari-cari kebenaran kerana begitu banyak persoalan
yang belum terungkai sehingga membuat rakyat-rakyat di seluruh dunia
tertanya-tanya sehingga ke hari ini.
altantuya shaariibuu
“Drama” Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu baru sahaja melabuhkan
tirainya semalam, 13 Januari 2014 selepas menempuh cabaran yang cukup
panjang untuk menyudahkan episod yang cukup berliku ini. Bakal terbit
satu lagi cerita lagenda yang akan dikenang rakyat Malaysia bermula hari
ini sehingga ke tempoh yang tidak diketahui sampai bila untuk dibawa
persoalan-persoalan yang masih belum terungkai sehingga ke hari ini,
“siapa mastermind”, atas sebab apa dibunuh.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.