Followers
Sunday, January 18, 2015
Padah Tak Bayar Hutang
KOTA BHARU - Disebabkan bebanan hutang yang belum dilangsaikan, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an cedera di jari kanan dan tangan kanan selepas diserang empat lelaki menggunakan kayu di Tanjung Chat, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa ke kawasan tersebut untuk bertemu seorang lelaki yang dipercayai meminjamkan wang kepadanya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, mangsa diserang akibat peminjam tidak puas hati terhadapnya yang tidak dapat menjelaskan hutang.
“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di tangan dan jari, kini ditempatkan di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan susulan.
"Empat suspek terbabit berjaya melarikan diri dan polis giat mengesan mereka," katanya kepada Sinar Harian.
Rohaimi berkata, hasil siasatan terhadap mangsa, dia pernah terlibat kes jenayah dadah dan ditahan pada 30 November lalu atas kesalahan mencuri kereta.
"Kita masih menjalankan siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.