Followers

Saturday, January 24, 2015

NGO syak Hadi jadi dalang


  Satu NGO yang mempromosi amalan urus tadbir baik mengesyaki PAS menjadi dalang di sebalik kegagalan melaksana pilihan raya kerajaan tempatan di Selangor.

Dalam kenyataan hari ini, Gabungan Urus Tadbir Baik (CGG) berkata mereka mengesyaki demikian selepas meneliti kenyataan presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, yang mengaitkan pelaksanaan pilihan raya itu dengan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Menurut CGG mereka bekerjasama dengan kerajaan Selangor dalam usaha itu sejak sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada tahun 2008.

"Pilihan raya tempatan sepatutnya berlangsung di Petaling Jaya selepas bebrapa mesyuarat pada tahun 2011.

"Namun, ia ditangguhkan atas alasan yang misteri.

"Kenyataan Hadi menguatkan sangkaan bahawa PAS adalah halangan terakhir dalam merealisasikan hasrat rakyat untuk mengembalikan undi ketiga ini," kata Pengerusi Bersama CGG, Jeffrey Phang.

Hadi dalam kenyataannya semalam turut menyatakan bahawa cadangan pelaksanaan itu bukan sebahagian daripada persetujuan bersama Pakatan Rakyat.

Ia dilihat sebagai timbal balas kepada tindakan DAP yang menolak pelaksanaan hudud, atas alasan sama.

Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.