Followers

Tuesday, January 27, 2015

Mr Bean kembali beraksi untuk kebajikan

Pelakon komedi British terkenal Rowan Atkinson akan kembali membuat lawak slapstiknya Mr Bean buat kali pertama dalam tempoh hampir tiga tahun.


Atkinson akan membuat persembahan itu bagi membantu Comic Relief, sebuah kumpulan kebajikan yang mengutip dana bagi memerangi kemiskinan melalui acara hiburan.

Jurucakap syarikat penyiaran BBC mengesahkan Atkinson akan kembali beraksi dengan watak lucunya itu pada 13 Mac depan dalam sebuah rancangan dikenali Red Nose Day di saluran BBC1, lapor The Independent.

Laporan itu menyebut, persembahan terakhirnya sebagai Mr Bean berlangsung ketika majlis pembukaan sukan Olimpik London pada 2012.

Lakonannya yang mencuit hari itu berjaya menghiburkan lebih 900 juta penonton.

Dalam acara terakhirnya dengan Comic Relief dibuat pada 2013 yang menyaksikan Atkinson mencetuskan kontroversi apabila melakonkan watak Ketua Biskop Canterbury apabila menerima 2,000 aduan penonton yang tidak berpuas hati.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.