Followers

Saturday, January 17, 2015

Mejar Zaidi Yang Teguh Pendirian !!

Menurut Mejar Zaidi sebagai seorang Islam, beliau berasa perlu untuk membuat laporan polis mengenai dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam PRU 13 lalu adalah sejenis dakwat yang tidak kekal.

"Bagi saya, adalah haram bagi seorang Islam bersubahat dalam hal penipuan. Apatah lagi jika ia melibatkan sesuatu yang penting kerana seperti pilihan raya yang bertujuan bagi memilih para pemimpin tertinggi negara.

"Sebagai seorang kakitangan kerajaan yang gaji datang daripada wang pembayar cukai, saya mempunyai tugas memberitahu rakyat perkara benar bahawa dakwat itu sebenarnya tidak kekal," katanya.

“Saya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya bertindak demi kebenaran.”

Isterinya Shafinah Abdul Hamid dan juruteknik TUDM juga membuat laporan polis berhubung dakwat kekal bersama-sama Zaidi.

"Seperti yang saya katakan, sebagai seorang Islam saya perlu bercakap benar walaupun saya akan menghadapi tindakan (daripada pegawai atasan saya). Hukuman di akhirat lebih buruk jika saya berbohong berbanding mana-mana hukuman di dunia ini.

"Saya yakin bahawa Allah akan membantu orang yang benar," katanya.

Kontroversi dakwat kekal yang digunakan buat pertama kali pada PRU13, dikritik selepas ramai pengundi mengadu ia boleh dibasuh dengan mudah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.