Followers

Sunday, January 11, 2015

MB Selangor, YAB Azmin ke Kelantan bawa setengah juta RM lagi...

 AKTIVI AMAL                                                                                                  

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali turun buat kali keduanya ke Kelantan hari ini sebagai menyatakan prihatin dan simpatinya kepada Kelantan yang dilanda bah. Azmin sampai di lapangan terbang Sultan Ismail Pengkalan Chepa disambut Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob.
Azmin meredah kawasan bekas banjir di kanannya, Dr Hatta.
Kehadiran Azmin pagi ini membawa RM500,000 lagi kepada Kelantan, kali ini dikhasnya untuk membina khemah penempatan mangsa banjir. Baru-baru ini Azmin menyalurkan RM1 juta kepada Kelantan bagi meringan beban banjir dipikul negeri berkenaan.
Bersama Azmin ke Kelantan hari ini 12 pihak berkuasa Tempatan (PBT) Selangor turut membantu mangsa banjir. Mereka bertolak malam tadi (berkonvoi) menuju Kelantan berlepas di perkarangan Pejabat Perkhidmatan PKR Gombak.

Mereka membawa bersama perlatan untuk membersih rumah dan peremis kerajaan yang dilumur banjir seperti lori, mesin, jentolak dan juga tangki air.
Latiff dan Azmin bersama anggota pasukan keselamatan.
Kedatangan Azmin sangat bermakna bagi Kelantan dan sangat diterima kasih oleh rakyat khususnya mangsa banjir. Selain ia melambangkan sikap peri kemanusiaan tetapi ia juga menunjukkan lambang kebersamaan Azmin bersama kerajaan Kelantan yang sama-sama berada dalam Pakatan Rakyat.
Begitulah sepatutnya diamalkan oleh mana-mana pihak atau kumpulan yang berada dalam satu gabungan ataupun pakatan. Kehadirian Azmin ke Kelantan itu juga menggembarkan jiwa besar MB berkenaan dan sedia mengenepikan komen-komen negatif dari sesetengah pemimpin Pas terhadapnya.

Dalam kunjungan sehari suntuk itu Azmin bersama ahli parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli, Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman dan Adun Guchil Roslan Puteh turut sama membersih beberapa buah rumah yang disimbah selur kuning banjir bersama penduduk tempatan dan wakil rakyat Kuala Krai. 

Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli yang dihubungi untuk mendapat komen berhubung kunjungan khas Azmin ke Jajahan itu bagaimana pun gagal. 
 
Sejak awal banjir lagi telefon Dr Hatta asyik dijawab oleh mesen suaranya yang bermaksud "tidak dapat dihubungi". [wm.kl.8:22 pm 10/01/15]


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.