Followers

Friday, January 30, 2015

Mahkamah tolak tuntutan k'jaan terhadap BERSIH

 
 
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) adalah sah tetapi menolak tuntutan kerajaan terhadap kerosakan yang didakwa dilakukan semasa perhimpunan BERSIH tiga tahun lalu.

Mahkamah yang bersidang di Kuala Lumpur itu membuat keputusan tersebut dalam kes tuntutan kerajaan terhadap bekas pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan dan 14 ahli jawatankuasa pemandu gerakan pembaharuan pilihan raya itu.

Kerajaan telah memfailkan tuntutan untuk mendapatkan kos kerosakan yang didakwa berlaku berjumlah RM122,000 untuk membaik pulih kenderaan polis yang musnah semasa perhimpunan itu, kos-kos lain, faedah dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Setiap ahli jawatankuasa pemandu BERSIH juga tealah memfailkan tuntutan balas untuk mencabar kesahan Seksyen 6 (2) (g) Akta tersebut.

Peruntukan ini adalah mengenai tanggungjawab penganjur dalam memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan harta atau alam sekitar.

Inilah cabaran kedua terhadap kesahan pelbagai peruntukan dalam Akta itu, berikut keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes bekas Timbalan Speaker Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad yang memohon untuk mengisytiharkan Seksyen 9 (5) Akta tersebut tidak sah.

Seksyen 9 (5) adalah hukuman untuk tidak memberikan notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan. Seksyen itu telah pun diisytiharkan tidak sah.
 
 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.