Followers

Saturday, January 17, 2015

Kroni Umno MyEG untung RM137 juta dalam 2 minggu, dakwa PKR


Pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara pekerja asing hanya boleh dibuat di MyEG, syarikat kroni Barisan Nasional, dakwa DAP.

Pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara pekerja asing hanya boleh dibuat di MyEG, syarikat kroni Barisan Nasional, dakwa DAP.

PKR hari ini mendedahkan syarikat MyEG yang dimiliki kroni Umno mencatatkan keuntungan RM137 juta dalam tempoh dua minggu selepas Putrajaya melalui Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganugerahkan kontrak pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu Lee Chean Chung yang membidas Zahid kerana masih membisu mengenai skandal tersebut berkata, antara pemegang saham terbesar dalam syarikat swasta itu ialah bekas ketua penerangan Umno Pulau Pinang dan Timbalan Ketua Bahagian Umno Umno iaitu Datuk Raja Munir Shah.

Timbalan ketua penerangan Pemuda PKR itu berkata, berdasarkan maklumat terkini Raja Munir menguasai 31.1% saham syarikat MyEG.

"Kenaikan harga saham MyEG sebanyak 19% beberapa hari ini memberikan keuntungan atas kertas sejumlah RM137 juta secara durian runtuh kepada Raj Munir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lee berkata saham syarikat swasta itu di Bursa Saham Malaysia dilihat melonjak naik RM2.50 berbanding pada 2 Jun iaitu pada RM2.10 di mana penganugerahan kontrak itu memberi keuntungan 19% secara tidak langsung menyuntik permodalan pasaran RM463 juta kepada MyEG.

"Harga pasaran Bursa Malaysia meletakkan jangkaan keuntungan MyEG antara RM400 hingga RM500 juta di mana keuntungan tersebut bersandarkan beban dan kesengsaraan rakyat dan majikan secara keseluruhan," katanya.

Khamis lalu PKR membuat aduan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) selepas tamat tempoh 24 jam kepada Zahid agar menjawab persoalan mengenai monopoli syarikat MyEG.

Bendahari Agung PKR Datin Paduka Dr Tan Yee Kew berkata, MyEg mendapat kontrak monopoli bernilai RM95 juta daripada Kementerian Dalam Negeri menyebabkan rakyat dan majikan kini terpaksa menanggung bayaran lebih RM38 untuk setiap pekerja asing setiap tahun.

Katanya, rakyat atau majikan hanya mempunyai satu pilihan untuk memperbaharui PLKS pekerja asing, iaitu melalui sistem MyEG kerana urusan tersebut di kaunter Jabatan Imigresen sudah ditutup.

Bagaimanapun Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Mustafa Ibrahim ketika mengulas isu tersebut berkata sesiapa yang tidak berpuas hati dengan bayaran RM38 itu boleh merujuk kepada kementerian.

Lee berkata, dalam laporan tersebut PKR menamakan Zahid sebagai pihak yang membantu dalam siasatan monopoli oleh MyCC yang mendesak menteri itu bekerjasama sepenuhnya.

"Saya menggesa Zahid memberikan kerjasama sepenuhnya kepada MyCC. Jangan cuba mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab beliau sebagai seorang menteri dan ahli Kabinet," katanya. – 17 Januari, 2014.

themalaysianinsider.com/bahasa

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.