Followers

Sunday, January 18, 2015

Kerusi Taib Mahmud kosong di London

Kerusi Taib Mahmud kosong di London Walaupun diundang menjelaskan sumber kekayaannya, Yang Dipertua Sarawak Tan Sri Taib Mahmud tidak kelihatan ketika pelancaran buku Money Logging: 


On the Trail of the Asian Timber Mafia karya Lukas Straumann di London pada Jumaat.

Kerusi, yang disediakan untuk ahli politik paling lama di Malaysia dalam sesi perbincangan, kekal kosong. Peguam Taib di Londong Mishcon de Reya juga tidak hadir, menurut kenyataan Bruno Manser Fund (BMF).

Straumann sebelum ini mencabar Taib mengambil bahagian dalam acara itu dan menjelaskan sumber kekayaannya selepas Taib dijelaskan oleh peguamnya sebagai “ultra high net worth individual”.

Dalam bukunya, Straumann mengaitkan bekas ketua menteri Sarawak yang lama berkhidmat itu dengan kesalahan jenayah rasuah dan salah laku.

Taib dilaporkan cuba menghentikan jualan buku itu sebelum ini. BMF juga mendakwa terdapat usaha untuk mensenyapkan publisiti buku itu.

Pada Khamis, Mishcon de Reya didakwa mahu mengambil mengambil tindakan undang-undang terhadap BBC kerana menyiarkan wawancara dengan Straumann berkaitan rasuah dalam pembalakan di Sarawak.

“Dakwaan Mishcon berhubung kenapa wawancara dengan Straumann tidak patut disiarkan, tidak disokong oleh bukti, selain daripada Money Logging didakwa 'penuh dengan kesalahan',” kata BMF dalam kenyataan sebelum ini.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Ahad, 18 Januari 2015 Kerusi Taib Mahmud kosong di London Walaupun diundang menjelaskan sumber kekayaannya, Yang Dipertua Sarawak Tan Sri Taib Mahmud tidak kelihatan ketika pelancaran buku Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia karya Lukas Straumann di London pada Jumaat. Kerusi, yang disediakan untuk ahli politik paling lama di Malaysia dalam sesi perbincangan, kekal kosong. Peguam Taib di Londong Mishcon de Reya juga tidak hadir, menurut kenyataan Bruno Manser Fund (BMF). Straumann sebelum ini mencabar Taib mengambil bahagian dalam acara itu dan menjelaskan sumber kekayaannya selepas Taib dijelaskan oleh peguamnya sebagai “ultra high net worth individual”. Dalam bukunya, Straumann mengaitkan bekas ketua menteri Sarawak yang lama berkhidmat itu dengan kesalahan jenayah rasuah dan salah laku. Taib dilaporkan cuba menghentikan jualan buku itu sebelum ini. BMF juga mendakwa terdapat usaha untuk mensenyapkan publisiti buku itu. Pada Khamis, Mishcon de Reya didakwa mahu mengambil mengambil tindakan undang-undang terhadap BBC kerana menyiarkan wawancara dengan Straumann berkaitan rasuah dalam pembalakan di Sarawak. “Dakwaan Mishcon berhubung kenapa wawancara dengan Straumann tidak patut disiarkan, tidak disokong oleh bukti, selain daripada Money Logging didakwa 'penuh dengan kesalahan',” kata BMF dalam kenyataan sebelum ini. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.