Followers

Thursday, January 1, 2015

Kerajaan Perak Tolak Bantuan Banjir Dari Kerajaan Selangor ??

" Peruntukan Kawasan Ditolak, Sumbangan Banjir Pun Ditolak. Bodoh Sombong Punya Perangai "


tikaq buloh      
 
 

Orang kata sudahlah bodoh, sombong pula. Sebelum ini pembangkang Selangor tolak peruntukan RM200k bagi setiap DUN daripada kerajaan negeri Selangor. Hari ini kerajaan negeri Perak pula tolak pemberian dari kerajaan negeri Selangor sebanyak RM100k untuk bantuan kepada mangsa banjir.

Sekurang-kurangnya terimalah duit itu dan serahkan terus kepada badan-badan yang berkaitan. Jangan nampak nilai sikit terus nak tolak, kononnya alasan penghinaan bagai, oi mangkuk orang bagi dah cukup baguslah. Harap UMNO nak bagi dekat pembangkang haram takdok.

Jadi cuba hargai pemberian orang. Sikit pada UMNO tetapi tetap tinggi nilainya dimata rakyat. Korang takpalah dah memang biasa pegang duit juta-juta. Rujuk bawah ;



SHAH ALAM, 1 JAN: Kerajaan Selangor kesal ekoran Kerajaan Perak enggan menerima sumbangan bernilai RM100, 000 bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri itu.

Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, Dr. Daroyah Alwi berkata, pendirian Kerajaan Perak itu nyata berbeza dengan Terengganu dan Pahang walaupun ditadbir parti Barisan Nasional (BN).

IMG-20141230-WA0012Katanya, pegangan politik sempit sepatutnya diketepikan dalam waktu sukar seperti bencana banjir ketika ini.

“Seperti di Terengganu, kita dimaklumkan wang berkenaan akan diuruskan badan bukan kerajaan (NGO), yang mana itu adalah cara matang dan betul.

“Malangnya, Perak tidak sudi menerima, mungkin jumlahnya kecil tetapi jumlah bukan persoalannya kerana kita mahu tunjukkan kebersamaan rakyat Selangor dengan mangsa banjir,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Sehubungan pendirian Perak itu, Daroyah berkata, Kerajaan Selangor tidak dapat meneruskan hasrat menyampaikan sumbangan ke negeri itu.

dr daroyahBagaimanapun, pasukan PANTAS Selangor tetap dihantar bagi membantu sukarelawan terutama di kawasan terjejas teruk seperti di Kuala Kangsar.

“Buat masa ini, kita masih belum ada keputusan bagaimana sumbangan itu boleh disalurkan kepada mangsa banjir Perak. Mungkin kita akan salurkan kepada NGO, tetapi segalanya akan diputuskan pejabat Dato’ Menteri Besar,” katanya.



Terdahulu, Kerajaan Selangor diketuai Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali turun sendiri ke negeri dilanda banjir bagi menyampaikan sumbangan bernilai RM 1 juta (Kelantan) dan masing-masing RM 100, 000 di Pahang dan Terengganu. Selangor Kini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.