Followers

Sunday, January 18, 2015

Kadir Jasin Diserang Gara-Gara Serangan Terhadap Najib

 
Datuk A. Kadir Jasin mengatakan pendedahan yang dilakukannya mengenai keadaan negara sebelum ini mengundang kritikan selain memberikan kesan kepada media tempatan .

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, kritikan-kritikan yang dilakukannya sebelum ini agak keras kerana beliau jenis orang yang suka berterus-terang.

"Maaf cakaplah kalau saya kata, saya adalah daripada jenis yang berterus-terang dan saya akan kata apa yang saya rasa perlu dikatakan walaupun tidak disukai oleh yang empunya diri," kata Kadir dalam tulisan terbarunya di blog The Scribe A Kadir Jasin yang bertajuk "Kita mahukan Malaysia yang sejahtera."

"Kalau pembaca faham, mereka akan tahu yang kritikan saya terhadap Mohd Najib bukanlah tindakan melulu tetapi berasaskan hujah yang disokong fakta, perangkaan dan analisis," katanya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kadir berkata, sesiapa sahaja berpendidikan dan berilmu boleh sama ada yang ditulisnya itu betul atau silap.

Menurut Kadir, kritikannya kepada perdana menteri sebelum ini turut mendapat perhatian di media sosial dan seorang pengarang akhbar media arus perdana berbahasa Melayu memberitahunya mengenai video seorang pemuda Melayu memberikan "lecture" kepadanya di laman Youtube.

"Terima kasih kepada pengarang itu dan kepada pemuda Youtube kerana peduli dengan apa yang kami di luar arus perdana bincang dan huraikan.

"Alhamdulillah, selain pembahas yang berhujah dalam blog ini, kita juga mendapat perhatian pihak-pihak lain yang mengambil berat perbincangan kita dan menghebahkannya di arena-arena lain."

Kadir berkata, media arus perdana, blog, Youtube dan saluran media sosial digunakan untuk memarahi dan menasihati mereka yang dituduh cuba menjatuhkan kepemimpinan Najib.

"Saya ambil maklum dan saya gembira dengan penyertaan mereka, khususnya generasi muda.

"Buat orang Melayu Islam, eloklah kita berbahas secara berhemah, berilmu dan bijaksana serta menghormati kebebasan bersuara daripada menembak dan mengebom orang yang tidak kita setujui," katanya.

Menurut Kadir, seorang "anak didik"nya menulis di Facebook baru-baru ini tentang keperluan "jeneral bersara" mendiamkan diri untuk memberikan peluang kepada generasi muda.

"Jawapan saya mudah saja. Jeneral bersara itu tidaklah hebat kalau mereka berdiam diri dan membiarkan negara yang mereka bina dan pertahankan dengan darah dan keringat, hancur lebur akibat jeneral baru yang hambar," katanya.

Katanya, apa yang dilakukannya selama ini hanya kerana mahu melihat Malaysia yang lebih baik pada masa akan datang.

"Antara 31 Disember 2013 dan 29 Disember 2014 Bursa saham Pakistan naik 26.3% dalam mata wang nasional dan (31.5%) dalam mata wang dolar. Bursa Indonesia naik 21.2% (18.5%). Bursa Siam naik 15.4% (15%). Bursa India naik 29.4% (25.6%). Bursa Singapura naik 6.3% (1.5%). Bursa Malaysia JATUH 5.3% dalam mata wang ringgit dan JATUH 11.3% dalam mata wang dolar. (Sumber The Economist, 3 Januari, 2015).

"Kalau kita faham ekonomi, banyak lagi khabar ngeri mengenai Malaysia tercinta," katanya.

– tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.