Followers

Tuesday, January 13, 2015

" ISU K-POP. NAZRI AZIZ TUDING JARI PADA SKMM ??? " tikaq buloh

 
Tak kiralah siapa bagi lesen. Kementerian pelancongan kah, Kementerian Komunikasi kah, yang pasti korang duduk dalam satu bumbung, duduk bawah UMNO BN. Masa perhimpunan belia dulu pun ber k-pop juga.Jangan dok tuding jari kat pembangkang sudah sedangkan UMNO BN yang memerintah negara.
 Segala kelulusan dan kebenaran untuk artis luar negara mengadakan pertunjukan atau persembahan harus melalui saluran kerajaan.

Korang jawablah nanti, atas dunia korang bolehlah buat ikut suka tanpa mengira halal dan haram. Bila dah jadi macam ni cuma nak salahkan remaja. Punca utama berlaku kejadian langsung tak ambil kira.


KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz enggan mengulas isu konsert K-Pop yang menggemparkan negara apabila gadis Melayu dicabul artis ketika program tersebut Sabtu lalu.

Menurut beliau, soalan tersebut sesuai diajukan kepada pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana aktiviti tersebut berkait rapat dengan bidang kuasa kementerian itu.

“Itu kena tanya Kementerian Komunikasi, kerana mereka yang mengeluarkan lesen untuk membenarkan artis luar negara untuk datang,” jelas beliau.

Terdahulu beliau merasmikan majlis Mesyuarat Pengarah Pelancongan Malaysia Luar Negeri di Hotel Shangri-La.

Pada masa sama, Nazri berkata, kementerian beliau akan mengambil tindakan untuk membaik pulih kawasan pelancongan yang terjejas akibat banjir.

“Kita akan ambil tindakan selepas banjir, selepas itu kita akan membuat audit, apakah barang-barang pelancongan yang rosak yang memerlukan bantuan kita,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya juga akan memaklumkan kepada Kementerian Kewangan menganai jumlah kos. FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.