Followers

Tuesday, January 20, 2015

Hishamuddin Juga Dituduh Pernah Tulis Surat Kepada FBI?



Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pernah menghantar sebarang surat sokongan kepada Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat sepanjang tempoh memegang portfolio menteri dalam negeri sebelum bertukar kepada portfolio menteri pertahanan.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pernah menghantar sebarang surat sokongan kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat untuk mana-mana pihak, bercanggah dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

Zahid sebelum ini yang dikaitkan dengan kontroversi surat kepada FBI berkenaan status raja judi, Paul Phua Wei Seng berkata proses tersebut pernah dilakukan oleh menteri terdahulu.

Hishammuddin sebelum ini memegang portfolio menteri dalam negeri dari 2009 hingga 2013 sebelum bertukar kepada portfolio menteri pertahanan.

"Secara peribadi, saya tidak pernah menghantar sebarang surat sokongan," katanya semasa ditemui pemberita di Putrajaya pagi tadi.

Minggu lepas, Zahid menjelaskan beliau mempunyai kuasa menulis surat kepada FBI berhubung kes Phua atas alasan menteri sebelumnya juga pernah mengeluarkan surat penjelasan seumpama itu.

"Menteri sebelum saya juga keluarkan surat penjelasan. Berdasarkan kuasa kepada menteri itulah saya menandatangani surat itu.

"Menteri dalam negeri sebelum saya juga mengeluarkan surat yang sama," katanya.

Katanya, surat itu bukan urusan di antara dua kerajaan tetapi diminta peguam bela Phua, merujuk kepada kenyataan yang diberikan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, mesyuarat Kabinet turut berpuas hati dengan penjelasannya sebagaimana kenyataan medianya hari ini.

"Peguam dari Amerika Syarikat minta firma guaman mereka di Malaysia, Shafee & Co Firma itu yang minta pejabat saya menjelaskan," katanya.

Namun katanya, bantuan Phua dalam isu keselamatan negara tidak boleh didedahkan kerana ia dilindungi di bawah Akta Rahsia Rahmi 1972.

"Tidak wujud kumpulan kongsi gelap 14K Triad di Malaysia. Phua bukanlah ahli kongsi gelap 14K Triad di Malaysia," katanya.

Zahid berkata, surat penjelasan status Phua kepada FBI itu bukanlah surat sokongan untuk tidak mendakwa Phua sebaliknya sebagai satu penjelasan status raja judi itu.

Phua yang terkenal dalam permainan judi profesional, pernah mengambil bahagian dalam kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012.

Beliau menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo 100k Super High Roller 2014 dan juga disyaki terlibat dengan 14K Triad, sebuah kumpulan kongsi gelap dan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Berikutan penahanan Phua, firma guamannya Chesnoff & Schonfeld memohon Zahid agar mengeluarkan surat kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano untuk mengesahkan yang lelaki itu bukan seorang anggota 14K Triad dan kumpulan kongsi gelap itu juga tidak wujud di Malaysia. 



Bloglist Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.