Followers

Friday, January 16, 2015

Ekstradisi Sirul: KPN tunggu jawapan rasmi kerajaan Australia


SHAH ALAM – Walaupun wujud laporan menyatakan keengganan pihak kerajaan Australia menghantar pulang bekas Anggota Polis Bukit Aman, Sirul Azhar Umar ke Malaysia, namun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar masih menunggu jawapan rasmi daripada kerajaan Australia.

Memetik laporan daripada portal berita The Malay Mail, beliau berkata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) masih menunggu pengesahan rasmi sebelum langkah lanjut diambil.

“Mari kita dengar daripada mereka terlebih dahulu sebelum kita buat keputusan mengenai langkah seterusnya," katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Kerajaan Australia semalam mendedahkan bahawa Sirul Azhar yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh warganegara Mongolia, Antaltuya Shaariibuu tidak akan dihantar pulang ke Malaysia.

Ini kerana menerusi laporan The Sydney Morning Herald, undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seseorang yang dijatuhi hukuman mati dihantar pulang, melainkan individu tersebut tidak akan dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Sementara itu, seorang jurucakap daripada pejabat Peguam Negara Australia berkata, antara sebab mereka enggan mengekstradisi Sirul adalah kerana negara itu menentang hukuman gantung sampai mati.

Sirul dikatakan berada di Negara tersebut sejak November lalu dan tidak memiliki wang yang mencukupi untuk pulang menyebabkan dia tidak dapat pulang untuk menjalani hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.

Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan menyabitkan Sirul, 43, dan Azilah Hadri, 38, atas kesalahan membunuh Altantuya.

Mahkamah memutuskan bahawa pasukan pendakwaan berjaya membuktikan kesnya tanpa keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh. 


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.