Followers
Monday, January 12, 2015
Dipeluk & Dicium K-Pop: Penganjur konsert mohon maaf....
Penganjur konsert kumpulan K-Pop, B1A4, hari ini memohon maaf di atas isu yang timbul disebabkan tindakan artis Korea itu dengan beberapa orang peminat pada konsert yang berlangsung petang semalam.
TGM Events dalam kenyataannya memberitahu pihaknya ikhlas memohon maaf dengan apa yang telah berlaku dan akan melakukan penambahbaikan pada masa akan datang.
Pihaknya akan mengambil kira implikasi ke atas budaya dan juga agama yang melibatkan interaksi antara peminat dan juga artis pada masa konsert akan datang. Jelas kenyataan itu lagi, konsert berkenaan merupakan pertemuan khas antara kumpulan B1A4 dan juga para peminat mereka di Kuala Lumpur.
Katanya, para peminat dipilih secara rawak berdasarkan soalan yang dipaparkan pada papan mesej dengan menggunakan nama pertama mereka.
“Penganjur, pengurusan artis dan juga artis tersebut tidak mempunyai pengetahuan mengenai peminat yang dipilih tersebut sehingga mereka dibawa ke atas pentas.
“Namun begitu, untuk bertemu secara dekat dengan peminat bukanlah protokol standard artis K-Pop tetapi disebabkan ia merupakan program khas bersama peminat, maka ia direka supaya melibatkan pembabitan dan interaktif yang lebih dekat dengan mereka,” katanya.
Menurutnya lagi, pengacara konsert berkenaan juga telah mengarahkan para peminat supaya tidak menyentuh atau berada dekat dengan ahli kumpulan tersebut sebelum program tersebut dimulakan.
Ujarnya, selepas penayangan video parodi, ahli-ahli kumpulan tersebut telah bertanya kepada peminat yang terpilih berkenaan adakah mereka selesa dengan aktiviti yang dilakukan tersebut dan mereka memberikan persetujuan di hadapan semua penonton secara langsung.
“Sebagai sebuah syarikat yang dikendalikan kebanyakannya oleh wanita, kami tidak akan melakukan dan tidak akan membiarkan gangguan seksual dilakukan seperti mana yang didakwa dalam media.
“Terminologi yang digunakan telah diambil di luar daripada konteks dan kami amat kecewa dengan kewartawanan yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya.
Dalam pada itu, TGM Events juga memberitahu bahawa pihaknya tidak mendiskriminasi mana-mana peminat berdasarkan bangsa dan agama mereka dan program tersebut telah disesuaikan dengan citarasa penonton.
Jelasnya, mereka tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyekat para peminat daripada aktiviti yang mereka telahpun bersetuju untuk menyertainya.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.