Followers

Friday, January 9, 2015

DAP: 1MDB hanya mahu audit lulus?

  

DAP mempersoalkan jika kenyataan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada juruauditnya berhubung dana RM4.07 bilion di bank luar pesisir hanya bertujuan untuk membolehkan audit tersebut diluluskan.

Setiausaha publisitinya, Tony Pua berkata demikian dengan merujuk kenyataan 1MDB kepada juruaudit, Deloitte Malaysia bahawa dana tersebut akan diperolehi semula pada November 2014.

"Sehingga hari ini, sudah masuk bulan Januari 2015 namun tiada tanda bahawa dana ini sudah dikembalikan ke Malaysia atau kepada 1MDB,” kata

Beliau juga membangkitkan persoalan sekiranya lembaga pengarah 1MDB mencapai keputusan baru dan menangguhkan usaha untuk membawa pulang dana terbabit untuk satu “tempoh yang tidak pasti”.

"Secara khususnya, adakah mereka berubah fikiran hanya selepas juruaudit kewangan, Deloitte Malaysia, bersetuju untuk tandatangan laporan kewangan pada 5 November 2014?," soalnya lagi.

MP Petaling Jaya Utara itu juga berkata, ia turut membangkitkan persoalan sama ada Deloitte Malaysia telah dikelirukan oleh 1MDB sehingga menandatangani laporan kewangan 2014 berdasarkan anggapan bahawa kesemua dana dengan nilai penuh di Caymans bakal diterima

Menurut Pua, Pengerusi 1MDB Datuk Lodin Wok Kamaruddin mesti menjelaskan kegagalan untuk melaksana arahan lembaga pengarah bertarikh 1 Ogos 2014 agar dana itu dikembalikan menjelang November 2014.

Katanya, Lodin hanya membayangkan dalam satu kenyataan bahawa 1MDB hanya "berhasrat untuk menebus jumlah yang berbaki pada bulan yang akan datang" tahun ini.

Pua berkata, dana yang dijanjikan sebanyak RM4.07 bilion (USD1.23 bilion) akan dapat membantu 1MDB lulus “ujian risiko kecairan” yang ditetapkan oleh juruaudit, memandangkan syarikat itu ditetapkan untuk membayar balik pinjaman tertunggak berjumlah RM2 bilion menjelang akhir 2014.

"(Jika tidak) juuaudit kewangan akan terpaksa menawarkan 'pendapat pakar' mereka sama ada 1MDB boleh diteruskan,” kata Pua.

Juruaudit berkenaan menyatakan bahawa aliran tunai 1MDB “dijangka memadai untuk menampung keperluan aliran tunainya”.

Bagaimanapun, kata Pua, syarikat tersebut masih belum menunaikan bayaran pinjaman RM2 bilion itu hingga ke hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.