Followers

Monday, January 12, 2015

Bom KLCC: Datuk Bandar risau pelancong tak datang

KUALA LUMPUR - “Saya bimbang masyarakat negara luar kaitkan ini dengan pengganas kumpulan pengganas Negara Islam (IS), dan takut untuk melancong ke Malaysia, khususnya Kuala Lumpur,” demikian reaksi Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berhubung ancaman bom terhadap Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang diterima beliau pada Khamis lalu.


Menurutnya, ancaman itu boleh memberi kesan kepada kedatangan pelancong kerana membabitkan bangunan ikonik negara.
“KLCC merupakan tarikan pelancongan. Jika perkara ini dibesarkan dan sampai kepada pengetahuan masyarakat luar negara, bimbang mereka tak mahu datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Walaupun sebelum ini ada ancaman bom seperti di Paris dan Sydney, kita tidak mahu perkara ini menimbulkan panik dalam kalangan orang ramai,” katanya.

Ahmad Phesal mengulas berhubung laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris kelmarin bahawa pejabat datuk bandar telah menerima sepucuk surat mengancam untuk mengebom KLCC jika DBKL gagal memasukkan RM10 juta ke dalam empat akaun bank.

“Nota ditulis dalam bahasa Melayu dan semua dalam huruf besar,” katanya.

Difahamkan pihak polis sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.