AKU pun tak tahu apa masalah dengan Blogger kawan aku "Omak Kau" ni. Sudah lama aku perhatikan semenjak bos dia TSKI dipecat dan Azmin jadi MB Selangor, ada saja perbuatan Azmin yang akan menjadi bahan beliau.
Aku tahu, sewaktu kempen pemilihan di dalam parti dulu sahabat aku ni mengekor saja ke mana TSKI pergi termasuk ke Pahang di tempat aku. Orang kuat TSKI jugalah kiranya.
Tidak salah mahu sokong TSKI. Aku pun orang yang kuat berkempen untuk TSKI setelah aku rasa peluang Saifuddin tipis waktu itu. Dan, ramai juga teman-teman di Pahang yang menyokong Azmin tetapi kami terbuka dan aku pun tidak bermusuh dengan penyokong sesiapa pun.
Apabila parti membuat keputusan, aku punya pendirian selagi aku di dalam parti maka parti adalah keutamaan aku bukan individu. Jika aku sokong Saifuddin atau TSKI waktu itu, aku tidak pula mencari apa saja isu murahan untuk burukkan Azmin.
Bila Azmin terpilih menjadi Timbalan Presiden KEADILAN, aku kena akur keputusan pemilihan. Memang ada kelemahan yang perlu diperbaiki itu kena akur tetapi bukan bermakna aku mesti jahanamkan parti.
Bila Azizah tidak dapat menjadi MB kerana tiada sokongan Istana, aku juga akur dengan kehendak parti yang memberi restu kepada Azmin yang dipilih oleh Istana sebagai MB Selangor.
TSKI dipecat, apa yang TSKI buat untuk pertahankan dirinya setelah diberi peluang bela diri? Tiada. Bahkan beliau tidak datang pun untuk menjelaskan apa-apa tentang pemecatannya. Ertinya, TSKI sengaja mahu dirinya dipecat sebab itu beliau tidak mahu hadir beri apa-apa penjelasan kepada parti.
Mungkin beliau rasa beliau boleh lawan parti kerana ada PAS yang kuat menyokongnya dari belakang. Omak Kau pula terus hilang arah selepas TSKI dipecat.
Ada orang kata dia jadi begitu kerana sudah hilang punca pendapatan selama ini sebagai Blogger berbayar untuk TSKI.
Aku tidak percaya semurah itu perjuangan rakanku ini, mungkin itu gossip saja kot. Tetapi tindakannya yang berterusan mencari apa saja isu untuk mempersendakan Azmin menampakkan penyakit Omak Kau semakin parah. Azmin turun ke akar umbi pun menjadi isu buat beliau.
Aku rasa jika Azmin duduk saja di Pejabat MB berhawa dingin, Omak Kau juga akan buat isu Azmin tidak turun ke akar umbi. Bila Azmin turun, dijadikan isu seolah-olah Azmin mahu menunjuk-nunjuk atau berlakun. Azmin ke K.Krau baru-baru ini pun menjadi isu.
Terbaru tulisan Omak Kau di sini http://omakkau.blogspot.com/2015/01/gelagat-azmin-yang-menusuk-kalbu-sambil.html , gambar Azmin makan nasi bungkus pun menjadi isu. Omak Kau kata hanya Azmin makan seorang manakala yang lain pandang sahaja. Lojikkah begitu?
Adakah tiada gambar orang lain makan bersamanya membuktikan orang lain tidak makan di dalam program kunjungan MB Selangor?
Aku rasa ini isu murahan untuk memburukkan imej Azmin setelah tiada isu dasar yang lain boleh diperkatakan. Maka terpaksa kutip isu azmin masuk longkang, Azmin cuci kain dan Azmin makan nasi bungkus.
Mengapa tidak ulas isu di mana TSKI sekarang? Waktu banjir di mana TSKI? Bukankah sewaktu di penghujung hayat beliau di Kerusi MB negeri yang paling kerap TSKI datang adalah di Kelantan dan Terenganu?
Kita tahu waktu itu sokongan Muryidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz penting untuk TSKI kekalkan jawatan beliau sebagai MB.
Sokongan Presiden PAS, Hj Hadi juga penting. Sebab itu TSKI kerap sangat berkunjung ke dua-dua negeri tersebut. Bahkan, Hj Hadi pun sanggup datang ke rumah TSKI.
Punyalah akrab. Rumah TSKI seperti berkampong dengan Solat Hajat dan berbagai-bagai program lagi waktu itu. Bila musibah banjir datang dan paling teruk di Kelantan, ada TSKI datang ke sana?
Waktu itu kebetulan Tok Guru Nik Aziz uzur di Hospital, ada TSKI menjenguk? Yang datang jenguk adalah Anwar sewaktu beliau berkunjung ke Kelantan. Azmin pun turun Kelantan.
TSKI ada?
Terengganu pun ada TSKI datang untuk bertanya khabar tentang banjir kepada Hj Hadi? Tiada. Sumbangan jangan tanyalah. Mungkin duit pun dah tiada kerana geng-geng TSKI sudah ambil awal ratusan ribu ringgit sebagai pampasan.
Ada Omak Kau mahu ulas semua ini? Aku harap cukup-cukuplah Omak Kau mencari isu murah untuk jejaskan imej Azmin. Carilah isu yang besar-besar dan releven jika ikhlas untuk melihat MB Selangor ini boleh laksanakan tugas dengan baik. Jangan cari isu yang macai amno pun ketawa membacanya sebab mereka pun tidak sebodoh itu di dalam menjaja isu.
Dicatat oleh WFAUZDIN NS
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.