Followers

Friday, January 23, 2015

Bersemuka lebih baik daripada mogok lapar, kata setiausaha agung BN

Lebih baik bersemuka dengan Pendaftar Pertubuhan untuk selesai kemelut MIC, bukan mogok lapar, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Lebih baik bersemuka dengan Pendaftar Pertubuhan untuk selesai kemelut MIC, bukan mogok lapar, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Bersemuka dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) adalah lebih baik daripada melakukan mogok lapar untuk menyelesaikan kemelut MIC, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

"Apa yang RoS lakukan mesti ada sebab, dan tentunya mengikut kaedah undang-undang yang mana pihak MIC mesti patuh.

"Kalau tidak puas hati, tidak guna buat protes dan sebagainya kerana saya berkeyakinan perkara ini dapat diselesaikan jika kita bersemuka dan berbincang katanya mengulas tindakan mogok lapar Setiausaha Agung MIC Datuk G Kumar Aaman di pejabat RoS di Putrajaya.


Kumar Aaman memulakan mogok lapar 2 petang semalam, untuk membantah arahan RoS, yang diterimanya pada Isnin, menyatakan kedudukannya sebagai setiausaha agung MIC tidak sah.

Tengku Adnan yang ditemui pemberita selepas melancarkan Program Tahsin Iqra dan Tahfiz Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah Putrajaya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya hari ini berkata tindakan Kumar Aaman itu juga tidak memberi kesan terhadap imej BN ketika ditanya mengenainya.

Beliau turut berharap RoS dapat memberi keterangan yang sejelas-jelasnya berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasanya supaya tindakan yang diambil tidak dilihat berpihak kepada mana-mana pihak.


Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam semalam turut menyifatkan mogok lapar yang dilancarkan Kumar Aaman sebagai bukan sebahagian daripada budaya Malaysia. – Bernama, 23 Januari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.