Pengasas lidah rasmi PAS itu berkata, tindakan memecat Pengarang
Harakah Tarmizi Md Jam, Pengarang Rencana Roslan Hamid, dan Ketua
Pengarang Ahmad Lutfi Othman itu bersifat zalim dan melanggar hak
kebebasan bersuara.
"Saya cabar Mustafa Ali berundur. Kita sangat benci 'anak' yang kita
lahirkan tiba-tiba bersikap zalim," katanya pada satu sidang media di
Kuala Lumpur, hari ini.
Ketiga-tiga mereka pengarang Harakah itu dikatakan dipecat secara serta-merta kerana menyiarkan artikel yang mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.
Ishak pernah menjadi pengurus Harakah kira-kira dua tahun ketika akhbar itu mula diterbitkan pada 1986.
Katanya, tindakan meminta Ahmad Lutfi Othman meletakkan jawatan sewaktu beliau masih cuti sakit adalah tindakan yang tidak beretika, biadap bahkan zalim.
"Begitu mengejutkan sekali. Semuanya berlaku pada saat-saat PAS sedang
bergolak hebat dengan krisis kepimpinan dan konflik antara golongan
tertentu hingga mengakibatkan jualan akhbar Harakah jatuh merudum,"
katanya.
Beliau turut mempersoalkan motif sebenar tindakan pemimpin PAS memberhentikan 3 kakitangan Harakah terbabit.
Berita mengejutkan dari Ibu Pejabat PAS. Ishak tidak menolak
kemungkinan tindakan itu dibuat akibat krisis kepimpinan dan konflik
antara golongan yang sedang bergolak dalam PAS.
Akibatnya, mereka menjadi mangsa yang tidak berdosa dan mangsa pentadbiran zalim dan tidak bertanggungjawab.
"Apakah ini sebagai permulaan semakin terdedahnya wajah sebenar manusia munafik yang selama ini memperalatkan Islam?" katanya.
Katanya, pemimpin PAS yang tidak betul dan zalim perlu ditentang
terlebih dulu sebelum menentang Umno kerana ia merosakkan imej Islam.
Ishak yang juga yang dipertua PAS Kawasan Batu berkata, pihaknya sudah
menghantar surat bantahan kepada Mustafa pada 2 Januari lalu, tetapi
masih tiada jawapan.
Kolumnis Harakah Shamsudin Othman turut serta pada sidang media di
Gombak, hari ini.Sementara itu, kolumnis Harakah Shamsudin Othman yang
dikenali sebagai Dinsman berkata, ini bukan kali pertama beliau
mengkritik pemimpin PAS, tetapi tidak pernah diambil tindakan.
Beliau yang mula menulis di Harakah sejak 2008 berkata, beliau
difahamkan ia berkaitan artikelnya bulan lalu yang mengkritik ulama PAS.
"Saya mengkritik dengan tujuan jika selama ini ulama dianggap kebal,
saya cuba menerobos kekebalan itu," katanya yang kolumnya kali terakhir
diterbitkan di Harakah pada Disember lalu.
Setiausaha Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
Rozan Azen Mat Rasip pula menuntut pengurusan Harakah membenarkan
kakitangannya membentuk kesatuan sekerja, dan prihatin terhadap
kebajikan pekerja.
"Kami mohon penjelasan ulama PAS dalam perkara tersebut. Sekiranya
tindakan mereka itu menyalahi ajaran Islam, kami menuntut mereka memohon
maaf dan menerima semula wartawan berkenaan untuk bekerja seperti
biasa," katanya.
Gerakan Media Marah (Geramm) dalam kenyataannya bimbang isu permintaan
supaya Lutfi meletak jawatan dibuat atas motif lain, bukan atas faktor
kesihatan.
Penyelaras Geramm Fazallah Pit berkata pihaknya khuatir wujud unsur
penindasan melalui tekanan politik dalaman tetapi berselindung atas
alasan lain termasuk faktor kesihatan. Berita mengejutkan dari Ibu Pejabat PAS
"Sekalipun Harakah adalah akhbar kepartian, kebajikan kakitangan, sama ada berpangkat tinggi mahupun rendah harus dipelihara sebaik-baiknya.
"Pada masa sama, nilai kebebasan media perlu diangkat, tidak hanya melukut di tepi gantang.
"Apatah lagi, ia membabitkan pemilik organisasi penerbitan yang turut
sama melaungkan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab," katanya.
Beliau berharap kemelut itu berakhir dengan damai tanpa menjejaskan
kewibawaan akhbar, pemilik organisasi mahupun kakitangan editorialnya. ~malaysian insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.