Followers

Monday, January 19, 2015

'Beri kuasa pada JKKK sama seperti pada Umno' - YB Nurul Izzah Anwar

 
 
PKR hari ini menolak pemberian kuasa mengurus pendaftaran pemilih kepada tiga badan kerajaan yang dikaitkan dengan Umno.

Badan-badan dimaksudkan itu ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata peranan baru yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sama seperti "memberi kuasa kepada Umno".

"Bukankah tindakan ini seolah-olah hanya memberikan kuasa kepada Umno dengan bertopengkan agensi kerajaan seperti JKKKP?" kata anggota parlimen Lembah Pantai itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Nurul Izzah juga berkata, “hak eksklusif” kepada agensi-agensi itu  hanya membangkitkan gelisah orang ramai tentang “integriti dan sikap adil SPR”.

Nurul Izzah membangkitkan berhubung Perkara 114 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan peri mustahaknya SPR mendapat kepercayaan awam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kelmarin dilaporkan berkata JKKKP diberi peranan baharu menguruskan pendaftaran pemilih di seluruh negara.

Katanya, SPR memberikan persetujuan akhir tahun lepas supaya JKKKP membantu mereka mengemas kini maklumat serta mendaftar pemilih baharu mengikut peraturan sedia ada di kawasan masing-masing.

JKKKP adalah anggota bergaji oleh pihak kerajaan seumpama KEMAS atau JASA yang menguruskan daftar pemilih di peringkat bahagian, katanya seperti dilaporkan Bernama.

Bercakap dalam kempen daftar pemilih dan keahlian Umno peringkat Selangor di Shah Alam, Shafie yang  juga naib presiden Umno berkata, usaha melantik JKKKP sebagai pegawai bertauliah bagi mengurus perkara itu demi memastikan pendaftaran pemilih lebih berkesan. 
 
Malaysiakini 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.