Followers

Saturday, January 17, 2015

Bapa Keliru Anak Mati Dalam Tahanan Beri Kenyataan Kepada EAIC??

  Lebih dua bulan berlalu sejak Syed Azlan Syed Mohamad Nur mati dalam tahanan polis, namun keluarganya keluarganya masih tertanya-tanya mengenai sebab kematian tersebut.

Bapanya, Syed Mohamad Nur Ali memberikan kenyataan mengenai perkara itu kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan pada hari Rabu lalu.

“Saya tidak berpuas hati kerana tiada tindakan dari polis, malah untuk menjelaskan apa yang berlaku kepada anak saya semasa dia dalam tahanan,” kata petani berusia 68 tahun itu kepada Malaysiakini.

Syed Mohamad berkata, polis sepatutnya menyiasat dan membawa kes tersebut ke mahkamah.

Anggota keluarganya sebelum ini menulis surat kepada polis untuk menuntut penjelasan namun sehingga ini masih belum menerima jawapan.

Sementara itu, peguamnya Gobind Singh Deo berkata mereka akan terus membangkitkan isu itu sehingga mendapat jawapan sewajarnya.

Kegagalan polis untuk menjawab surat Syed Mohamad itu menunjukkan sikap “acuh tidak acuh” pasukan itu.


Posted by Jeebond BLM.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.